Kami ke Muar untuk menghadiri Bengkel SPEA K seperti di atas.
Ia dikendalikan oleh Hospital Besar Muar yang menggalakan
mereka yang terlibat dengan Terepi membantu
anak-anak bertutur, guru pendidikan khas, guru-guru tadika dan
ibu bapa yang berminat.
Ada lebih dua ratus orang yang hadir dan saya rasa teruja
mendengari ceramah Ouan Azizah, seorang pakar
dalam bidang "SPEAK".
Saya hadir sama mewakili Tadika SmarTop Subur Fitrah dengan
membawa seorang guru kami semoga dia
dapat mengkongsikan Ilmu
dengan guru-guru lain. Partner saya Datin Noraini pun hadir sama.
Saya lebih berminat kerana saya juga punya cucu yang lambat bertutur. Dia berumur hampir 4 tahun tetapi amat kurang bilangan perkataan yang seharusnya sudah dikuasai ditahap umur itu.
Saya tidak berputus asa. Ibunya sibuk maka saya mencari
masa membantunya. Sungguh bermunafaat.
Di nbawah ini foto kami bersama Puan Azizah
semasa berhenti rehat.
Puan Azizah sangat jelas penerangannya dan ada beberapa soalan
yang santai kami bertanyakan padanya.
Puan Azizah duduk di tengah-tengah dan pegawai yang lelaki itu
juga seorang pakar terepi. Tidak rugi berkejaran ke Muar dari selepas subuh hingga tengah hari. Alhamdulillah.
Anak-anak yang lambat bertutur kadang kala disebabkan oleh beberapa kelemahan yang alamidari lahir lagi. Khususnya mereka
yang lambat bertutur ada juga elemen otisma dan
yang lebih nyata ramai yang menghadapi masalah lemah otot-otot
di bahagian mulut termasuk lidah dan pipi.
Maka dalam bengkel itu kami diberi penerangan bagaimana
mahu merangsang otot-otot supaya kuat untuk membolihkan anak-anak kecil bertutur. Ada berbagai alat yang ditunjukan dan ia boleh
dibeli di farmasi atau dari Persatuan di atas itu.
Saya perhatikan ramai juga ibu bapa yang membelinya.
Selain itu kami diberi contoh bagaimana mahu meransang anak-anak menyebut perkataan-perkataan. Bolih melalui lagu-lagu nursery rhymes yang menggunakan perkataan berulang-ulang. Sura dan nada seorang ibu yang menyantuni anak yang lambat bertutur harus lembut dan jelas.
Kami diinatkan jangan mengajar bertutur dengan menggunakan ayat-ayat bertanya. Kita harus terus gunakan ayat-ayat yang dapat menggalakan interaksi.
Penerangan saya di sini hanya "Touch n Go". Pastinya kurang jelas kerana saya pun bukan pakar pertuturan.
Eluk bagi sesiapa yang berminat menghubungi sendiri Persatuan berkenaan kerana mereka mengadakan bengkel di banyak tempat di negara kita ini.
Tengah hari kami pulang dengan rasa ada tambahan ilmu untuk dikongsikan dengan guru-guru Tadika SmarTop kami. Di atas ini seorang guru yang kami bawa bersama. Dia rasa puas hati dan bertekad berkongsi ilmu. Nota-nota ada diedarkan dan kami hanya membayar rm30 sahaja.
Alhamdulillah Allah kurnia ruang dan peluang.
......
No comments:
Post a Comment