"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, August 2, 2017

Kucing-kucing "Gelandangan".....



Ini kucing yang selalu berada di rumah saya. Dia bukan saya yang empunya. Jadi saya kira dia kucing "gelandangan".
 Kasihan tiada bertuan.

Maka mengapa tidak saya menjadi tuannya. Sukar menjawab soalan itu. Saya tiada siapa yang komited untu memeliharanya..... memberi makan dan menjaga kesihatannya dan apa jua yang berkaitan dengan keselesaan hidupnya.

Saya mengaku bersalah dan usha membela diri hanya sekadar memberi makanan sahaja. Saya memohon ampun semoga saya tidak dikira zalim terhadap haiwan yang juga makhluk Allah dan kita dituntuk agar peduli padanya. Mohon ampun ya Rabb...
  


Ini seekor lagi. Dia jarang-jarang datang dan datang hanya mencari "pasangannya".




Banyak kucing-kucing "gelandangan" di rumah saya. Saya biarkan dan hanya beli makanan. Bila sudah biasa dengan satu jenis makanan yang saya beli, kucing=kucing ini tidak mahu makan sisa-siha makanan bentuk nasi dan lauk yang ada di dapur saya.
Wah!  memilih juga kucing-kucing ini. Tidak mengapa.
 Itu perkara kecil.

Tetapi bila bercerita mengenai orang-orang yang gelandangan, itu bukan perkara kecil. Saya ada kawan dalam satu NGO yang sering memberi makan orang-orang gelandangan di waktu malam di tempat-tempat tertentu. Saya ingin mengikutinya tetapi tiada kesempatan dan rasa kesal juga kerana teman saya pun sudah berhenti mengambil bahagian dalam aktiviti ini.
Dia mengatakan program ini amat mencabar dan amat memberi munafaat. Katanya sukarelwan tidak dibenarkan bertanya soalan mengapa mereka gelandangan. Tidak boleh berbuat begitu secara langsung atau tidak langsung kerana khuatir mereka tidak datang lagi mengambil makanan. Teman saya rasa kurang setuju kerana katanya kita harus juga ambil peduli sebaik mungkin dan berharap mereka dapat kembali kepangkal jalan.

Saya tiada maklumat dan tidak pula berkemampuan aktif dalam usaha ini. Mungkin pembaca budiman mahu berkongsi pengalaman
 yang boleh dimunafaatkan.

Bukan sahaja di Malaysia katanya ramai orang-orang yang gelandangan. Teringat saya hampir sepuluh tahun dulu saya tinggal di Tokyo menjaga cucu selam lebih kurang 3 bulan. Anak saya selalu juga bercerita dengan saya dan memberi tahu saya di mana tempat mereka suka berada.
Waktu itu saya tidak peka hal-hal seperti ini maka saya hanya nampak dan melihat. Teringat saya waktu-waktu bertembung dengan mereka pagi-pagi hari dalam perjalan saya pergi ke tempat membeli barang-barang dapur. Tempat itu kelihatan kurang bersih dan selalunya saya cepat-cepat berlalu.
Anak saya mengatakan setengah merejka itu ada anak-anak yang mampu membela ibu bapa. Tetapi hanya ibu bapa yang tidak mahu menyusahkan anak-anak. Allahua'lam. Betul atau tidak maklumat ini. Mungkin di Malaysia pun begitu juga. Tidak ada waris yang peduli dan mahu membantu. 
Entahlah....Walau apa pun saya berpendapat pihak pemerintah harus berbuat sesuatu yang berkesan untuk menyelesaikan masaalah masyarakat seperti ini.

Semoga saya tidak dikira hanya pandai bercakap tetapi tiada udaha yang mendatangkan munafaat.
Memang saya kurang usaha. Ampun maaf. Hanya kucing-kucing sahaja yang termampu ketika ini. Semoga Allah memberi jalan....


......

No comments:

Related Posts with Thumbnails