"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, August 20, 2017

Kuala Lumpur yang muram......






Jam sudah 9 pagi kelmarin dulu. Saya dan suami ke Kuala Lumpur "running errands" mahu cari sesuatu untuk kembara ke Australia jika di izin Allah  tidak lama lagi. Cuaca nampak muram walaupun kata ramalan  cuaca ia akan panas terang. 

Jangan pertika ramalan......

Suami memandu tenang, walaupun sesak kenderan di jalan raya. Di umur dewasa tua ini eluk bertenang semoga umur "panjang".




Cuaca muram maka kami tidak berbual panjang atau serious. Masing-masing dengan fikiran masing. Saya sudah 
bersara lebih sepuluh tahun dan jarang-jarang sekali 
saya merentas Kuala Lumpur pada pagi hari seperti ini. 
Maka saya rasa seperti rusa masuk kampung. 
Semua kelihatan amat berlainan berbanding Kuala Lumpur
 se abad yang lalu.


Di ambang persaraan dari perkhidmata Awam saya rasa lega kerana saya positif banyqk yang dapat saya lakukan kerana saya punya kebebasan masa dan tidak perlu lagi bimbang tentang kemajuan anak-anak. Saya terima seadanya.






Sayup-sayup kelihatan Menara KLCC. Tidak pernah naik ke sana walaupu dua tiga anak saudara bekerja dengan Petronas. Dalam umur tujuhpuluhan ini saya tidaklah cenderung sangat untuk mengambil masa semata-mata
 mahu melihat BandarRaya Kuala Lumpur. 





Kami parkir kereta di Bangunan AmBank dan kami berjalan 
ke arah Bangunan MCA. 
Cuaca muram tetapi nyaman untuk berjalan kaki. Itu suami saya 
berjalan untuk persediaan kembara ke Perth. In Sha Allah.
 Kelihatan Perhentian Basikal untuk sewaan, saya kira.
 Kuala lumpur makin hari makin seperti negara lain yang maju. Lima tahun dahulu saya ikut anak ke London dan ada basikal seperti ini dekat dengan Apartment kami sewa. Kuala Lumpur boleh dikira bertaraf dunia.







Tetapi sekarang ini Kuala Lumpur tidak memberi erti keseronokan seperti sekurang-kurangnya lima tahun yang lalu. Ketika itu Rakyat
 tidak rasa tertekan dari segi saraan hidup.
 Rakyat tidak mendengari
 berita-berita yang menimbulkan kegusaran di hati dan
 rasa khuatir di minda mengenai masa depan anak cucu.
Sekarang ini berita-berita mengenai kepimpinan politik tidak
 menggembirakan. Jauh sekali mahu rasa yakin
 tentang keadaan masa hadapan.

Saya tidak berniat berbicara suasana politik, kewangan dan berbagai
 lagi hal mengenai negara Malaysia yang tercinta ini.
 Banyak yang sudah kita ketahui dari berbagai Media Sosial.
Hanya doa kami panjatkan semoga keadaan akan berubah kepada yang lebih baik di sisi yang maha Pencipta, di sisi Allah.

Sementara itu pengumuman mengenai para Pesara Perkhidmatan Awam tidak lagi akan mendapat perubatan yang berkualiti tinggi
 memeranjatkan saya. Sedih.....Tetapi apakan daya.

Beberapa bulan sebelum bersara kami pegawai tinggi diberi kursus persaraan supaya mudah menyesuaikan diri dalam persaraan.
 Antara yang kami dimaklumkan ialah jangan riasu mengenai jumlah peruntukan kewangan persaraan.
 Pasti mencukupi katanya kerana jika ada ahli yang sakit
 Kerajaan akan pasti menawarkan perkhidmatan perubatan yang amat memuaskan semua pihak. 
Kami senyum lebar ketika itu rasa lega kerana kami tahu 
kami tidak akan mampu perkhidmatan kesihatan Hospital Swasta.

Tetapi sekarang ini lain ceritanya. Semoga apa 
yang saya dengari tidak betul.
Antara yang saya dengari ialah untuk pembedahan kataract di mata,
 kerajaan akan membiayai satu mata sahaja.
Sebelah lagi kita mesti tanggong sendiri.
Nampak semacam tidak adil. Semoga saya salah.

Ini belum lagi cerita-cerita yang didengari secara umum seperti kenaikan barang-barang dan perkhidmatan.
Amat sedih.
Kuala Lumpur bertaraf dunia dengan hidup rakyat yang sejahtera
nampak seperti mimpi ngeri di siang hari.....
Entah apa lagi yang akan membebankan kami.

Ya Allah peliharalah kami....
Aamiin ya Rabb.



......




No comments:

Related Posts with Thumbnails