Mudah sahaja kita menuduh si pulan tu tamak orangnya.
Si pulan tu kedekut walau pun dengan ibu bapanya..
Berbagai lagi tuduhan dan cemuhan.
Nanti dulu......
Diri kita ni macam mana?
Sempurna ke?
Ayuh kita intai-intai diri.
Jangan mengata dulang, paku serpih.
Mengata orang aku yang lebih.....
Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan.
(Al-Baqarah 2:96) Bila cerita pasal sifat tamak rata-rata kita akan menuding jari pada orang lain. Rasanya kita sendiri tidak tamak...... si polan dan si polan tu ye. Mereka boleh disebut orang tamak.
Mak Aiiiiii...... kata seorang teman dalam kumpulan sembang santai hari itu. Jangan tak sedar diri.... kita tamak tapi tidak akan mengaku. Kekadang kita tidak sedar pun kita punya ciri-ciri orang tamak.
Jom kita bincang diri kita sebelum Malaikat serah buku akaun di hadapan yang maha Pencipta dan maha Berkuasa di langit-langit dan di bumi.
Saya terbaca sebuah penulisan dalam blog Abu Mujahidah Al Ghifari seperti berikut:
"Tamak terhadap harta dunia merupakan salah satu penyakit hati yang sangat membahayakan kehidupan manusia. Tamak adalh sikap rakus terhadap harta dunia tanpa melihat halal dan haramnya. Tamak bisa menyebabkan timbulnya sifat dengki, permusuhan, perbuatan keji, dusta, curang, dan bisa menjauhkan pelakunya dari ketaatan, dan lain-lain."
Indahnya Harta Dunia.
Banyak yang diperkatakan oleh blogger ini dengan mempaparkan hadith-hadith dan ayat-ayat Al Quran yang yang berkaitan dengannya. Mungkin anda ingin melihat sendiri untuk menambah Ilmu dan semoga dapat menambah amal.
Saya terdorong bercerita sikit tentang sifat Tamak ini kerana sifat yang ada pada dewasa mudah sahaja ditiru oleh bukan sahaja dewasa tetapi bolih ditiru oleh anak-anak remaja.
Adakah sifat tamak ini suatu Fitrah dan bukan sesuatu yang kita pelajari. Mungkin bertanya demikian kerana kita melihat anak-anak kecil tidak suka berkongsi dengan barang-barang permainan yang mereka punya. Adik beradik pun tidak suka berkongsi. Mereka akan kongsikan permainan yang mereka kurang sukai.
Semua sifat-sifat yang ada pada kita sememangnya Allah pinjamkan sedikit untuk kegunaan yang positif. Sifat marah pun Allah pinjamkan sedilit dan sifat-sifat lain juga yang Allah pinjamkan sebagai ujian. Maka sebab itulah, kata Ustaz, kita harus mengaji dan menuntut ilmu subanyak mungkin dan mengamalkannya.
Kita jarang-jarang melihat sifat tamak yang ada pada diri. Hari itu seorang teman saya mengatakan bahawa orang yang bertindak berpoligami itu juga punya sifat tamak.....sebenarnya. Di mulut kaum lelaki mengatakan mereka mengikut sunah Nabi Salallahhualaihiwasalam. Ada yang benar-benar ikut tetapi ada juga yang hanya melayani hawa nafsu....walhal Allah menunjukan berbagai cara untuk mengawal hawa nafsu. Allah tidak menzalimi hamba-hambanya.
Setakat itu sahaja yang saya ingin perkatakan kerana tajuk ini amat sensitif dan perlu perbicangan yang panjang lebar berasaskan ayat-ayat al Quran dan Hadith-hadith sohih. Dan isu ini harus diperkatakan dengan ikhlas tanpa prejudis........
Seperkara lagi yang saya ingin sebut ialah mengenai sifat tamak mengenai harta benda. Ini mudah difahami dalam hemat saya. Tetapi yang saya ingin katakan ialah berkenaan fakta bahawa kita kadang kala berselindung di belakang "tembuk tidak ada Kemampuan" jika diminta membantu mereka yang memerlukan atau amat memerlukan.
Jika kita diceritakan pasal mereka yang tamak kuasa, lagi kuat kita membela diri untuk berkecuali dalam membincangkannya dan cepat-cepat kita mengatakan: Oh saya tidak mampu bertindak begini atau begitu kerana saya tidak ada kemampun. Bila cerita kemampuan ramai kita hanya melihat dari satu atau dua sudut sahaja. Selalunya kita tidak fikir faktor masa dan tenaga dan juga kepintaran daya pemikiran kita. Jikalau kita tidak mampu wang ringgit , sebenarnya ramai kita yang mampu tenaga dan masa dan kita harus tampil berbuat sesuatu untuk memperbetulkan keadaan. Walau kecil sekalipun sumbangan kita, Allah lihat itu sebagai amal soleh.
Tetapi ramai kita yang hanya suka beristirihat dan melayani kehendak hati untuk relaks dan tidak mahu dan tidak bersedia untuk bersusah-susah. Setengah orang kata itu sifat "self-centered". Aku dulu baru orang lain. Kita fikirkan.....
Saya mengakui bahawa diri saya juga sering terperangkap dalam sindrom "Aku Tidak Mampu" tanpa rasa bersalah. Maka AYUH kita bertukar cara fikir dan cara bertindak. Sekurang-kurangnya kita mulakan berkawan dengan mereka yang selalu bermurah hati walaupun apa yang dibuatnya itu amat kecil berbanding mereka yang kaya raya. Kita ikuti tauladan.....
Jangan lihat orang lain. Kita lihat diri kita vis - a - vis pandangan Allah. Itu pesanan seorang teman saya. Biar orang lain kata apa....Kita buat sahaja apa yang munasabah. Beberapa teman saya di Kg Tunku ini yang buat kerja suka rela dalam program "Story telling" pada murid-murid tahun satu, dua dan tiga di Sekolah Kebangsaan berdekatan di waktu menunggu masuk kelas dalam sekolah dua sessi. Tujuannya supaya murid-murid lebih terampil bertutur dalam bahasa Inggeris. Saya ambil bahagian sekali tetapi give up kerana saya tidak ada transport dan kekadang saya kurang sihat. Ini kelemahan saya. Kurang daya ketahanan. Saya menulis hal-hal seperti ini semoga kelemahan saya tidak menjankiti orang lain.....
Sampai di sini dulu cerita saya....
Saya bertekad untuk memperbaiki diri. Semoga Allah masih memberi ruang dan peluang. Ustaz kata jangan terperangkap dengan faktor umur....
Ia hanya mainan minda.
.......

No comments:
Post a Comment