"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, August 12, 2017

Haru setiap kali ke IJN.....




Dua minggu lalu saya di minta lapor diri ke IJN
 untuk pemeriksaan rutin.
Apa jua tujuan saya sentiasa rasa takut...... takut kalau ada 
apa2 yang serious. Lepas Solat Subuh suami dan saya
 bersiap cepat untuk cuba mengelakan diri dari
 kesesakan lalu lintas. 
Dan sama pentingnya jika lambat 
tidak ada tempat parking.
IJN canggih serba serbi dari pemerhatian saya tetapi 
tidak selesa dalam hal perking kereta.
 Itu membuatkan saya stress juga.....

Saya cuba mengawal stress dengan berbuat sesuatu
 yang saya suka.... ambil foto yang 
saya rasa cantik dan luar biasa buat saya. 
Maka foto subuh hari diperjalanan adalah suatu 
yang buat saya senyum dan fikir. 
Sepuluh tahun lagi bagaimana ye?



The Twin Towers kelihatan sayup2 indah  tetapi tidak cukup untuk
 menghilangkan kekhuatiran di hati.

Seperti biasa pengambilan darah harus dibereskan dan pendaftaran harus sempurna. Setelah pemeriksaan tekanan darah kami diberi nombor giliran dan dibenarkan minum pagi sambil menanti Doktor untuk pemeriksaan.
Dikafetaria biasa makanan kurang sedap tetapi harga berpatutan.
Siapa yang ambil peduli....
Kami makan dan sembang dengan sesiapa yang duduk sama 
kerana tempat duduk pun berkurangan. 
Alhamdulillah kami masih boleh makan dan masih boleh bersembang.
 Semoga masaalah jantung kami dapat dikawal.




Suami ikut sama kerana hari itu kebetulan gilirannya 
ambil stok ubat untuk 2 bulan.
Penantian yang memerlukan kesabaran.

Doktor datang jam 9.45, ini cepat dari biasa. Tuan doktor itu muda dan nurse kata dia tidak boleh berbahasa Melayu. Saya kira dia 
orang Filioino dari laghat percakapannya.
Mujurlah saya boleh berbahasa Inggeris. Dan dia rasa selesa memberi penerangan apa yang kurang memuaskan.
 Ukuran gula saya  masih tinggi dan ia menggesa 
saya tukar amalan pemakanan.
Ssya lega sedikit kerana buah pinggang saya okay. Cuma saya kena datang 6 bulan lagi untuk pemeriksaan mengapa jantung saya rasa sakit pada ketika2 yang tidak dapat dijelaskan mengapa.
Subhanallah, Allahuakbar. Saya hanya dapat patuhi takdir.



Pada malamnya suami dan saya diajak keluar makan oleh teman amat akrab.

Kami makan satay di Food Court Hartamas.
 Nama Restoran dah lupa. 
Lupakanlah sekejap cerita sakit. Teman kami kata jangan berfikir
 terlalu kuat kerana sistem tubuh kita sudah tidak berupaya.
 Kita relax sahaja. Pokoknya jangan cari masaalah. 
Kita harus selesai masaalah tanpa masaalah. Tidak cerdik kita jika menyelesai satu masaalah tetapi masaalah lain yang berkaitan menjadi lebih membebankan. Takut akhirnya jantung jadi mangsa.

Saya senyum sahaja mendengari nasihat. Selalu saya katakan
 pada suami ia harus simpati pada isteri 
semoga dapat mencapai sakinah dalam keluarga. Kesabaran
 dan pengorbanan dan keikhlasan itu amat penting 
dalam menjalin keluarga bahagia. Walaupun sakit, 
pasti tenang sahaja.

Semoga Allah sentiasa memberkati usaha dan semoga
 bahagia hingga ke Syurga.


......

No comments:

Related Posts with Thumbnails