"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Tuesday, March 27, 2018
Bolih Stress..........
Ini musim cucu-cucu mengerumuni Tok Ayah dan Embah. Cuti sekolah mak- ayahnya ajak jalan ke mana-mana dan bila nak habis cuti baru ingat kita-kita yang tidak banyak kederat ni lagi.
Tidak mengapa. Suami dan saya ikut teteman seangkatan menjelajah Suratani bermula hari Rabu. InshaaAllah. (saya cerita kemudian).
Kebelakangan ini saya banyak menghadap Utube mencari berita terkini mengenai apa akan terjadi pada Malaysia. Berbagai pendapat yang saya dengari dari parti Pembangkang. Saya simpan maklumat dan bila jumpa member-member terdekat dalam kumpulan mengaji, saya luahkan sedikit-sedikit apa yang saya pegang kuat.
Ada kalanya bicara serious dan ada kalanya tidak kerana sama-sama setuju akan beberapa hal. Saya cuba patuhi adab berbeza pendapat antara teman-teman. Cuba sahaja....tetapi kekadang tergelincir juga. Cuma saya cuba tidak berdendam. Tidak mungkin kita sentiasa memahami antara satu sama lain.Ada kalanya ada "mental block" .Saya perhatikan kita agak kecewa jika teman-teman tidak memahami apa yang kita bicarakan. Saya pujuk diri untuk diam seketika kerana mungkin kita kurang Ilmu dalam membahaskan sesuatu tetapi tidak mahu menerima hakikat itu. Biasanya saya lihat balik apa yang saya katakan.
Kesibukan dengan cucu-cucu bolih membawa stress tetapi hal begini bolih membawa tambahnya Stress.......
Apakan tidak, sebab kita ada anak cucu yang akan mengharungi hidup selepas kita tiada. Maka apa pun hujah kekawan, dalam kemelut polotik yang ada sekarang, saya berpegang pada fakta berikut: Dalam memilih parti politik mana yang harus kita undi, jika kita sukar mendapat parti yang betul-betul baik, maka saya pilih parti yang kurang mudharatnya. (InsyaAllah I will choose the "lesser evil."), jika itu pilihan akhir.
Dengan tidak disedari dilema ini juga membawa Stress ........
Saya takut stress sebab Diabetic saya sudah ke tahap saya harus berhati-hati jangan memberatkan minda yang memang sudah berat. Antara sebab mminda jadi berat kerana mencari dana untuk membeli dan merawat diri dengan perubatan alternatif yang tidak ada unsur dadah. Ada doktor mengatakan kesihatan boleh terganggu kerana kemungkinan badan kita sarat dengan dadah. Sudah seperti "Drug Addict". Subhanallah..... Semoga Allah jauhkan.
Dalam 70 tahun saya hidup, baru kali ini Malaysia benar-benar dalam kecemasan. Saya turun mengundi setiap kali pilihan Raya. Undi itu rahsia. Tidak ?......SPR bolih tahu (kalau ia perlu tahu) kita undi siapa. Saya diyakinkan SPR tidak akan tahu. Apa pun, tidak mengapa kerana itu hak individu. Cuma saya mengharapkan tidak ada penyelewengan di mana-mana pihak.
Dalam masa yang sama saya sedang bersedia memikirkan apa yang akan saya kongsikan dengan cucu-cucu dihujung minggu ini. Stress anak cucu hanya ketika mereka belum matang. Semoga begitu. Tetapi stress karenah politik boleh berpanjangan. Ayuh kita berdoa semoga tidak begitu.......
Mohon perlindungan ya Rabb......
........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment