Foto Ehsan Carian Google.
Saya rasa agak takut masuk bilik Doktor di IJN hari itu.......hari yang memang saya tidak suka menepatinya. Saya tahu dia akan menegur saya mengapa bacaan gula dalam darah saya agak tinggi ...... 9.4 pada hari itu. Doktor mana tidak akan kecewa jika pesakit tidak dapat mengawal diri.
"Jangan makan nasi," katanya. "itu yang terbaik untuk kawalan gula".
Saya mendiamkan diri .... mana mungkin.... saya berkata sendirian. Selama tujuh puluh tahun makan nasi dan sekarang mesti berhenti.
"Tidak ada cara lain Doktor ?" saya bertanya.
Dia memandang saya.
"Banyak makan sayur dan buah-buahan." Itu sahaja katanya.
Doktor ini tidak pandai mententeramkan pesakit. Mungkin terlalu ramai pesakit yang mesti dilihat dan diperiksa olehnya dan dia tidak cukup masa untuk bicara santai dengan pesakit. Dia banyak melihat ke bawah membaca laporan diri saya. Rasa macam hendak menangis....tetapi saya sabarkan. Marah juga kat diri sendiri kerana tidak cukup usaha. Saya dibenarkan keluar setelah selesai memaklumkan saya mengenai hal selainya.
"Semasa saya bangun dia kata "You are okay.....just don't eat rice." Nampak dia tersenyum dan saya rasa lega sedikit.
Dalam perjalanan pulang suami saya kata kita harus cari perubatan alternatif. Sudah banyak diperkatakan di sana sini mengenai ubat-ubatan tradisional. Saya yang kurang prihatin dan saya kurang kesungguhan ke arah itu. Teteman saya mencadangkan berbagai alternatif. Cuma saya yang belum istiqamah berbuat sesuatu.
Sudah tiga hari sejak berjumpa doktor. Tetapi saya masih makan nasi....cuma saya kurangkan sedikit. Saya membesar di kampung pendalaman dan semuanya nasi dari pagi hingga ke petang. Untuk mengubah kebiasaan bukan suatu yang mudah.
Tetapi saya akan cuba......Saya harus sihat dan memohon kekuatan semoga saya dapat menyelesaikan beberapa hal lagi.Hidup ini amat singkat.
Semoga Allah menguatkan tekad saya.....
Dan melimpahkan Rahmat pertolongan Nya.
........
4 comments:
In shaa Allah kak boleh.acik makan juga nasi cuma rajin blend peria katak..apple hijau.timun dan celerry minum air atau kalau malas blend rebus daun sup minum air nya
Terima kasih Achik atas tip itu. Pernah juga buat. Tetapi tidak consistent. Kali ini rasanya tak bolih malas-malasa. Mesti cuba lagi termasuk rebus daun sup. Itu belum pernah cuba.
Terima kasih sudi singgah.
Sis, mengikut kata dietitian rice ok but minimal.Nasi sikit sayur banyak, protein sedang2.
Ambik masa jugak nak makan nasi sikit!
Betul lah Sis....susah nak biasakan makan nasi sikit dan yang lainnya banyak atau sederhana. InsyaAllah I will follow your advice.
Post a Comment