Kebelakangan ini beberapa ahli keluarga dan sahabat jiran terdekat telah pulang ke Ramatullah dalam keadaan yang tidak disangka. Mereka seperti tidak sakit yang serious. Agak terkejut bila mendapat berita seperti itu.
Dalam masa sebulan yang lepas adik ipar saya berada 10 hari di hospital dan tidak dapat dipulihkan. Ia berumur 60 tahun. Seorang lagi berumur 55 tahun kena serangan jantung tetapi Allah masih panjangkan umur. Maka saya sentiasa beringat. Mati tidak perlu bersyarat sakit dahulu. Apabila Allah menghendaki maka jantung berhenti berfungsi......
Maka satu hari isteri abang saya seperti dalam foto di atas ini membuat saranan pada saya untuk buat perjumpaan anak cucu jauh dan dekat untuk bejumpa dan bersilaturrahim. Abang saya berumur 4 tahun tua pada saya dan kini kurang berupaya kerana stroke pada tahun lepas. Alhmdulillah ia kini boleh berjalan tetapi ingatannya agak lemah sedikit.
Ujian Allah datang dalam berbagai bentuk. Kita bersabar dan Redha atas segala ketentuanNya.
Sabtu lepas kami berkumpul dan mengisi ruang silaturrahim
dengan majlis kesyukuran.
Tidak semua dapat hadir kerana besan abang saya pada pagi
yang sama telah pulang keRahmatullah.
Maka itulah kita harus menghargai setiap saat yang ada.
Ustaz selalu berpesan jangan bertangguh untuk membuat setiap kerja
yang baik dan bermunafaat pada diri keluarga dan masyarakat.
Dalam Islam kita digalakan untuk membantu masyarakat
yang kurang berkemampuan. Jangan ingat kepentingan diri sendiri sahaja.
Ustaz sering mengingatkan juga bahawa nanti bila kita dibangkitakan
semula di Hari Qiamat ramai manusia yang minta pulang balik hidup
di dunia kerana hendak berinfak dan bersedekah dan membuat
kerja-kerja amal untuk ummah.
Semoga kita tidak terlambat.
Sehubungan ini Ustaz sering sahaja mengingatkan kita supaya
jangan lagha dengan aktiviti yang tidak akan
mendekatkan kita pada Allah.
Mati tidak mengira umur.
Apatah lagi sekarang ini tanda-tanda akhir zaman semakin nyata.
Askar-askar Dajal sudak ramai berkeliaran. Jika kita tidak ada ilmu
kita sulit memahami apa yang berlaku sekarang di rumah
kita dan di luar sana.
Jom kita ubah apa jua yang belum sempurna pada diri kita.
Saya minta pertolongan kekawan untuk mengajarkan saya dan
mengingatkan saya semoga tidak ada penyesalan semasa kita semua nanti
dipertanggong jawabkan di hadapan Allah.
Saya ada enam orang kakak tetapi hanya seorang abang.
Maka ia istimewa buat saya.
Semoga pautan kasih berpanjangan.
Siapa jua pergi dahulu semoga bertemu semula di Syurga Firdaus
dengan Rahmat Allah jua.
Aamiin ya Rabb....
.........
No comments:
Post a Comment