"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, March 12, 2018

Letih berkejaran.....relax seketika.




Walaupun diumur senja, dalam Islam tidak ada prinsip bersara. Kita harus berusaha apa jua ke arah kebaikan hingga ke garisan terakhir. Seperti pernah saya katakan hidup ini ibarat berlari pecut 100 meter atau 200 meter. Makin hampir ke garis penamat makin kita pecut mempertaruhkan apa jua tenaga yang ada......semoga akhirnya berjaya.

Sekarang ini saya tidak mampu menulis sekerap yang saya inginkan kerana makin berumur makin banyak tugas yang harus diselesaikan segera sebelum terpaksa berhenti kerana sudah sampai JanjiNya. Walaupun ada semangat tetapi ada halangan kederat. Maka saya dan Partner saya yang mengurus Tadika SmarTop bersama telah  buat keputsan untuk "take it easy" mula tahun ini kerana Pengetua SmarTop sudah cukup berkebolihan untuk mengendalikannya. Kami hanya membantu dari jauh, iaitu dari Petaling Jaya dan Shah Alam.

Maka seminggu yang lalu kami bersantai di Cyberjaya menjamu selera di SABA Restaurant, makan Nasi Arab. Akhir sekali kami ke situ lebih kurang 5 tahun yang lalu. Alhamdulillah. Kami dalam perjalanan ke SmarTop untuk mula berkemas berpindah ke rumah asal.





Selepas makan dan mahu meneruskan perjalanan ke Tangkak, kami terserempak dengan Polis Berkuda di luar Restaurant itu dan seperti anak-anak kecil kami ambil foto kenangan. Betul juga ada orang kata "We are children age 6 to 60".

Kami sampai di Tangkak petang itu dan terus ke rumak kakak Partner saya untuk berbincang sedikit hal perpindahan dan hal kewangan. Sudah lama saya tidak ke rumahnya kerana biasanya perbicangan diadakan di pejabat atau di rumah kami di Bandar Baru Tangkak.

Sambil menanti-nanti, saya rakam foto-foto ini sebagai ingatan sejauh yang Allah izin. Setiap yang bermula pasti ada kesudahan. Kita terima penuh Redha.










A012
Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;
(Ar-Rahmaan 55:12
A013
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

Itu dulu hingga dilain kesempatan. Semoga masih ada umur yang dapat dimunafaatkan.
Aamiin ya Rabb.....


........

2 comments:

Hans Hanis said...

sedap tak nasi arab di cyberjaya tu?

ngasobahseliman said...

Terima kasih brother datang singgah di blog saya. Saya jarang-jarang dapat tetamu sekarang ini. Tidak mengapa. Setiap kita ada pilihan. Oh....makan kat Saba Restaurant tu sedap ke tidak. Alhamdulilah sedap ikut cita rasa kami. Senghaja saya tak tunjuk hidangan makanan kerana takut ada yang rasa teringin dan saya tidak kemampuan. Kan ada hadith mengatakan kalau kita masak dan makan sedap kita harus bagi rasa pada jiran kan?.......

Related Posts with Thumbnails