Foto hiasan, Suami, April 2015.....
Saya sering berbincang-bincang denagan kekawan, anak-anak dan juga suami. Kini kurang sikit berbicang dengan kekawan kerana masing-masing ada kewajipan yang harus diselesaikan. Kami sentiasa mengejar masa.....
Sering yang kami bincangkan ialah berkaitan dengan kesilapan dalam membuat pilihan. Bukan kita sentiasa silap. Tetapi bila ada kesilapan yang benar-benar mengakibatkan sesuatu yang tidak disenangi oleh pihak-pihak tertentu maka kita harus segera berfikir semula dan muhasabah diri.
Kekadang kita terfikir....... Adakah benar kita silap atau pun kita hanya berbeza pendapat. Kalau hanya berbeza pendapat maka tidak mengapa asalkan pendapat itu berasaskan atas landasan Syar'ie. Yang penting kita harus ada cukup ilmu atas apa yang kita bincangkan semoga perbincangan itu membawa munafaat. Semoga kita tidak berbincang atas dorongan nafsu kerana nafsu tidak tahu batasan dan nafsu tidak tahu mengenal erti kebijaksanaan.
Namun saya percaya tidak mungkin setiap kita tahu mengenai sesuatu perkara atau sesuatu hal kesemuanya. Sesuatu ilmu itu sangat luas dan tidak ramai antara kita yang mengetahui secara mendalam. Saya antara yang kurang arif dalam banyak hal maka itulah sebabnya saya cuba berhati-hati semoga tidak dikira biadap dan tidak berakhlak dalam memperkatakan sesuatu.
Kembali kita pada isu membuat pilihan.........
Saya berpegang pada hakikat bahawa kita ada pilihan dalam hidup kita. Allah berkuasa atas segal sesuatu. Allah yang mencipta Langit dn Bumi dan apa yang ada di dalamnya. Manusia adalah ciptaan yang tertinggi kerana Allah kurnia akal yang sempurna untuk befikir dan membuat pilihan.
Sehubungan itu kita fikirkan ayat-ayat alQuran di bawah ini.
Dan jika Allah menghendaki, tentulah Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama Allah yang satu); akan tetapi Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa yang kamu telah kerjakan.
(Al-Nahl 16:93) | Di bawah ini tafsiran ringkas dari ehsan carian google............
Ayat tersebut memaparkan sebuah landasan dan kaidah umum yang menyangkut hubungan Allah Swt dengan manusia lewat firman-Nya, Allah Swt tidak berkehendak memaksa manusia untuk beriman kepadanya, tapi Allah menginginkan manusia memilih akidah dan ajaran atas kehendak dan pilihan mereka sendiri. Tapi karena manusia tidak memilih agama dan akidah yang satu, mereka memiliki beragam agama dan kepercayaan. Meski demikian, Allah Swt telah memberikan sarana yang dapat menjadi petunjuk bagi manusia, yaitu petunjuk fitrah dan akal yang berasal dari dalam diri manusia dan para nabi dan kitab suci. Manusia dapat memilah antara kebenaran dan kebatilan lewat sarana tersebut.
Allah Swt tidak akan menghalangi orang-orang yang memilih jalan kesesatan dan berpaling dari jalan kebenaran. Demikian juga, orang-orang yang memilih jalan kebenaran, Allah akan membantu mereka meniti jalan yang benar ini. Perlu diketahui bahwa kehendak dan kebebasan untuk memilih ini bukan berarti bentuk penistaan atas tanggung jawab. Manusia harus bertanggung jawab atas apa yang mereka pilih. Manusia tidak dipaksa untuk memilih sesuatu. Setiap orang berhak menentukan pilihannya; baik itu jalan kebenaran atau kesesatan. Tapi tanggung jawab, pahala dan siksa tetap pada posisinya.
Dari ayat tadi terdapat dua pelajaran yang dapat dipetik:
1. Di antara Sunnah Ilahi adalah memberikan kebebasan kepada manusia untuk menentukan pilihan dan mereka juga bebas memilih jalan hidupnya masing-masing.
2. Semua perbuatan dan tingkah laku manusia baik itu kecil atau besar akan dimintai pertanggungjawaban di Hari Kiamat.
Ayat alQuran dibawah ini adalah satu lagi dalil bahawa Allah memberi kita pilihan.
Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Al-Baqarah 2:256) Berasaskan dua ayat di atas saya berpegang pada fakta bahawa kita ada pilihan dalam menjalani hidup ini. Dalam berpegang pada fakta ini kita harus juga memahami secukupnya erti Qada' dan Qadar.
Tidak semua yang terjadi dalam hidup kita adalah ketentuan Allah bulat-bulat. Kita diberi pilihan dan dalam memilih Allah sentiasa mengingatkan kita mana yang Hak dan mana yang Bati. Jika kita pilih yang Batil Allah Izin juga tapi jauh dari mengatakan Allah Redha. Semua perlakuan adalah dengan Izin Allah kerana Allah sahaja yang berkuasa atas segala sesuatu. Tidak akan bergeraka sebiji zahrah pun jika Allah tidak menghendakinya.
Justeru itu jangan mudah-mudah kita katakan : "Oh ini sudah takdir dari Allah....." Subhanallah....Maha Suci Allah dari menzalimi hamba-hambanya dan semua makhluknya.
Dalam hal ini banyk hal yang kita boleh kongsikan bersama untuk kita fikir zikir....
Contoh yang sering di bibir mulut masyarakat ialah isu poligami. Jika memilih poligami adakah ia ketentuan Allah dan kita kata "sudah takdir" ? Allah beri pilihan untuk berjodoh dan Allah mengizinkn sesutu itu berlaku. Dan jika berlaku jangan pula kita kata itu sudah kehendak Allah. Kita yang mesti bertanggong jawab atas pilihan kita.
Lain pulak halnya dengan penentuan Allah pada siapa ibu bapa kita. Itu Takdir kerana kita tidak diberi pilihan siapa ibu bapa kita. Maka dalam hidup ini ada yang Allah beri pilihan dan ada yang penentuan itu mutlak dari Allah. Kita Redha atas segala yang Allah tentukan kerana Allah itu maha Bijaksana. Allah beri kita pilihan tetapi kita tidak ada kuasa Mutlak. Hanya Allah yang maha berkuasa atas setiap sesuatu. Semoga kita tidak keliru.
Sehubungan dengan itu mungkin kita boleh bicara sedikit bagaimana kita boleh menyelesai masaalah hidup kita dalam ruang lingkup paradigma Tauhid sebagai batasan kita membuat pilihan itu. Apa jua masaalah yang kita hadapi sekurang-kurangnya ada dua cara kita boleh mencari penyelesaian. Rata-rata ada beberapa cara kalau pun tidak banyak cara. Dalam masaalah perkongsian hidup vis - a -vis poligmi pun ada beberap pilihan yang Allah beri. Cuma mereka yang terlibat sukar melihat pilihan-pilihan itu kerana tiada kekuatan dalaman dan tiada fokus kepada prinsip yang Allah telah gariskan.
Maksud saya begini sebagai contoh: Dalam sejarah perjuangan Islam seperti perjuangan pahlawan ternama, Sallahuddin Al Ayubi, beliau meyibukan diri mengatur strategi perang untuk membebaskan Masjid alAqsa dan sekali gos membebaskan Palestine dan Allah kurnia kejayaan. Maka tidak ada masa yang terluang untuk berangan-angan kosong kerana angan-angan panjang dan angan-angan kosong biasanya mengundang hasutan syaitan untuk berbuat sesuatu yang tidak wajar dan mungkin langsung mengambil suatu tindakan yang boleh merosakan diri sendiri dan mungkin juga merosakan diri orang lain juga.
Dalam isu poligami (khususnya) jangan biarkan fikiran kita "Idle". Allah tentukan syarat poligami yang amat ketat sekli.
Justeru itu janganlah kita melemahkan diri dengan hanya memikirkan diri sendiri.....buruk padahnya. Saya rasa begitu. Sibukan diri dengan apa jua yang baik untuk diri dan untuk masyarakat. InsyaAllah kita mendapat pertolongan Allah dan tindakan kita akan membawa munafaat bersama.
Hah!......
Sekarang jom kita sentuh sedikit isu pemilihan ketua negara. Kita pun ada pilihan.......
Banyak kontroversi mengenai apa yang sedang bergolak di Malaysia kini. Saya mengaku saya tidak cukup Arif untuk berkata mengenai apa yang berlaku di arena politik dan apa yang sebenarnya berlaku mengenai Pentadbiran Negara keseluruhannya. Walaupun saya dahulu berkerja sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik hingga bersara, saya memilih untuk diam buat sementara waktu.
Saya berpendapat dalam memilih ketua negara, kita ikut prinsip Fiqh Islam. Iaitu jika kita rasa tidak ada pilihan yang nyata baiknya dan nyata kewibawaannya, maka kita pilih kepimpinan yang kurang risiko kemudharatannya dan kurang kebarangkalian kesan keburukannya. Dengan lain perkataan, kita pilih yang kurang timbangan negetifnya.
Islam sentiasa ada jalan yang terbaik dalam mengendali masaalah. Jika ada perselisihan dan perbalahan, kita diarah merujuk pada alQuran dan Hadith. Dan Islam membenarkan jalan Ijtihad bagi pemimpin yang benar-benar berilmu dan bertaqwa setelah merujuk pada badan Syura atau badan yang setaraf dengannya.
Ini panjang perbicaraannya. Tidak berapa sesuai di ruang ini. Maka Itu sahajalah sedikit coretan pendapat saya dan semoga ia belandaskan atas kebenaran.
Wa Allahua'lam......
........
No comments:
Post a Comment