"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, March 29, 2018

Lama-lama tidak boleh berfikir....jadi zombie.






Agak terkejut saya bila membaca mengenai kerajaan Malaysia akan meluluskan undang-undang Antiberita Tidak Benar. Undang-undang itu ada baiknya cuma saya takut dalam keadaan yang ada sekarang bagaimana ia boleh dikuatkuasakan dengan adil dan saksama. Saya kurang mengkaji hal undang-undang. Saya berfikiran rakyat biasa yang tidak mencukupi ilmu dan pendedahan. Cuma sekali imbas saya merasakan undang-undang seperti itu akan sedikit sebanyak (dan saya khuatir banyak) akan menjadikan rakyat kurang bersedia untuk berfikir-fikir dan membuat andaian yang mencabar minda. Ramai yang akan takut menjelajah fakta kerana takut kalau-kalau yang dijelajah itu palsu atau kurang kebenarannya.

Saya rasa ramai yang akan berdiam diri dan menjadi penoton dipinggiran sahaja. Mungkin ada yang akan terus berdiam ibarat ada "Mental Block" seperti melihat ada bukit batu besar di hadapan dan terus  rasa susah untuk melepasinya. Bagi mereka yang kurang semangat berjuang di dada akan duduk diam diri kerana takut dengan denda yang akan dikenakan jika disabitkan kesalahan. Siapa yang mampu membayar RM500,000 dan siapa yang sanggup dipenjarakan 10 tahun. Amat tinggi risikonya.........

Entahlah. Fikiran saya menjadi kelabu dan rasa di hati amat sedih memikirkan akan apa yang boleh berlaku dalam masa terdekat ini.

Maka mungkin saya harus duduk diam berfikir sendirian sahaja dan memastikan diri sendiri tidak jadi zombie yang berkeliaran tanpa tujuan yang bolih membawa munafaat. Itu takut....ini takut, itu susah.... ini susah.

Tetapi bila fikir sekali lagi.....kan Allah itu wujud dan Allah maha tahu apa yang tersembunyi dan apa yang nyata dan Allah maha tahu apa yang benar dan apa yang tidak benar. Kita bergantung harap hanya padaNYA. Allah tahu niat hati yang benar dan niat hati yang serong. Kejayaan tidak bererti keredhaan. Dan kita hanya mahu redha Allah.....Bahagia di dunia dan di akhirat.

Mohon perlindungan Mu ya Rabb.....


..........

No comments:

Related Posts with Thumbnails