"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, March 19, 2018

Bunga Di Hati Ku.....






SEMATKAN bunga ini di hatimu
Jangan biar ia hancur menjadi debu
Kerana ada tangan-tangan besi
Yang  mahu meramasnya mati
Jadikan ia bunga hatimu
Agar ia segar sepanjang waktu.



Saya peminat A. Kadir Jasin.
Saya cedok copy di atas dari Blognya THE SCRIBE A KADIR JASIN.

Semasa saya bekerja di Kementerian Kerja Raya akhir-akhir tahun 1980an,
dan awal 1990an antara projek yang kami dipertanggogjawabkan 
ialah mengangkat taraf pekerja-pekerja mahir yang ada
 di seluruh negara supaya kerja-kerja
 pembangunan tidak tergendala kerana kekurangan pekerja mahir.
Mereka termauklah penerap bata, tukang kayu, tukang besi, tukang paip,
 pemasang tiles, mereka yang membuat wiring dan beberapa lagi terutamanya
 mereka yang memplaster dinding.

Kami mengadakan pertandingan untuk mempromosi usaha kami dan untuk memberi dorongan pada masyarakat bahawa "kerja Tukang" yang 
sangat berkemahiran adalah penting dan ia adalah satu kerjaya 
yang harus dipandang dengan penghormatan khusus. 
Waktu itu minda orang Melayu tidak minat bekerja dalam bidang ini
 kerana merasakan ia kerjaya yang tiada status terhormat dalam masyarakat. 
Mereka dari keturunan Cina membanjiri pasaran kerana 
gaji mereka tinggi. Rata-rata waktu itu pekerja mahir dibayar
 tidak kurang dari rm2k bagi yang kemahirannya terpuji.
 Orang Melayu tidak suka tangan kotor dan lebih memilih kerja
 pegawai kerani kerana sentiasa nampak bersih dan ada sedikit "gaya'.

Setiap pertandingan yang kami adakan, Tun Dr Mahathir datang 
untuk melihat sendiri hasil kerja dan beliau menyampaikan hadiah.
 Waktu itu antara hadiah Johan ialah  pemenang kami bawa
 ke Tokyo dan Osaka untuk lawatan sambil belajar ke tapak-tapak
 pembinaan projek. Kami bekerjasama dengan Syarikat Pembinaan 
terulung di Malaysia waktu itu.
Pekerja tukang dihargai dan mereka seronok.
Tun Dr Mahathir sendiri yang berbuat demikian kerana beliau tahu
nilai kemahiran bidang ini amat penting untuk pembangunan.

Maka apa kena mengena dengan A Kadir Jasin.

Waktu itu beliau ialah Ketua Editor di akhbar The Straits Times dan
 kami meminta kerjasama Akhbar Straits Times untuk
 mempromosi usaha Kementerian dan Jabatan Kerja Raya 
dalam meyakinkan anak-anak muda khususnya
 dan masyarakat amnya supaya tidak memandang rendah kerjaya tukang
dalam kemahiran kerja tangan.
Alhamdulillah. Beliau setuju dan beberapa hari ada rencana dan 
gambar-gambar pekerja mahir yang sedang bekerja dan 
menceritakan bahawa mereka
 tidak dipinggirkan dalam arus pembangunan negara.

Itulah saya seronok bila teringat A Kadir Jasin. Dia tidak mungkin ingat saya
kerana saya berjumpa dengan beliau bersama pakar komunikasi yang 
Kementerian lantik membantu kami.

Maka dalam arus kemelot politik sekarang saya cedok entry di atas
 kerana saya amat suka cara beliau mengetengahkan idea-ideanya. 
Ia amat professional dan setakat ini ia dapat terus menulis.

Saya terpikat dengan bunga yang dipromosikan dan 
saya simpan bunga itu di hati saya.
Semoga saya dapat memunfaatkannya satu ketika nanti.
Mohon Petunjuk dan Hidayah Mu ya Rabb...



.......

2 comments:

Kerabu Jantung said...

I'm very much with that hibiscus!

ngasobahseliman said...

Semoga Allah kurnia negara Malaysia yang tercinta ini denagan yang terbaik kepimpinan....berilmu,berwibawa, beriman dan berTaqwa.

Related Posts with Thumbnails