"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, May 25, 2019

Bila pukul Ular....@ Pastikan ia mati.


Kata pepatah Melayu:
Bila pukul Ular Pastikan Ular itu Mati, 
Tempat jangan lecah Dan Kayu jangan patah.
(Berbuat sesuatu biarlah sempurna dalam semua segi. 
Jangan semata-mata berbuat sesuatu mengikut cita rasa 
dan nafsu sahaja).


Tidak berapa lama dahulu saya dan anak perempuan serta cucu-cucu pergi ke Tambun Lost World. Antara yang menarik ialah semacam ada mini zoo dan antara yang saya lihat (walaupun sudah senja) ialah tempat mereka mempamerkan berbagai jenis ular. Saya tidak suka ular maka saya tidak ada foto jarak fokus terdekat. Di atas ialah kawasan  Ular di pamerkan.Kawasan ini dekat dengan tanah bebukit. Pasti ada ular juga di situ. Menggerunkan buat saya.

Maka hari ini saya, dalam kemelut berbagai isu di negara kita, saya ingin berkongsi pendapat bagaimana kita menangani sesuatu isu yang penting atau pun yang tidak penting. Antara yang hangat diperkatakan disana sini ialah isu katanya Islam dihina, Melayu diperbodoh, Pemimpin politik dan pegawai kerajaan rasuah, belia tiada pekerjaan dan berbagai lagi. Tidak terkira banyaknya buat saya.

Ramai yang mengutarakan isu, ramai yang turut berbahas, ada yang memperaku penyelesaian, ada yang hanya menjerit-jerti panas dan ada juga yang hanya senyum dan tertawa seribu bahasa.

Menangani isu yang menjadi perhatian ramai adalah ibarat memukul ular yang datang menggangu. Kalau kita tidak sungguh-sungguh mencuba memukul dan merembatnya, Ular tidak akan mati. Samalah seperti keadaan dimana isu yang dibangkitkan  tidak ada kesudahannya dan tidak ada penutupnya jika apa yang diutarakan tidak padat dengan kebenaran. Jangan guna logik semata-mata kerana yang logik tidak semestinya suatu yang benar.

Jika Ular mati tetapi kematian itu meninggalkan kesan-kesan sampingan yang membahayakan keadaan sekeliling maka matinya Ular itu menimbulkan pula masaalah yang lain. Ini buruk kesannya. Kita mesti selesai masaalah tanpa masalah. 

Dan dalam menjalankan tugas ini kita harus juga pastikan alat atau teknologi yang di guna untuk membunuh Ular itu tiadk rosak hingga ke tahap ia tidak lagi boleh digunakan untuk kerja yang lain pula. Maka  ini bererti usaha untuk menyelesai sesuatu masaalah itu melibatkan kos yang tinggi dan ini amat merugikan. Ini pun suatu yang tidak wajar.

Ayuh kita sesekali lihat apa yang terjadi pada sesuatu masalah yang dibangkitkan oleh satu pihak dan kemudian dikritik oleh pihak yang lain dan akhirnya pun tiada penyelesaian.

Saya tertanya-tanya diri sendiri ke mana kesudahannya semua ini. Kita tidak boleh bersikap berkecuali dan melihat sahaja sebagai by-stander.  Sikap berkecuali bermaakna kita tidak cukup kepedulian mengenai sesuatu perkara atau tidak cukup komitmen dalam memperjuangkan apa yang kita fikirkan itu adalah realiti, ia itu suatu yang Benar. Sepertinya kita rasa sudah senang, maka apa perlunya kita bersusah payah bersama-sama orang lain yang tiada kaitan dengan kita sedikit pun dalam menyelesaikan sesuatu masaalah yang wujud dalam masyarakat.

Maka dalam hal ini saya ingin mecelah sedikit pendapat yang terbuku dipemikiran saya.  Saya berpendapat jika kita mahu memperkatakan sesuatu itu, kita fikir dahulu masak-masak hingga kita betul-betul yakin apa sebenarnya masaalah yang wujud yang menyebabkan kita mahu bangkit berhujah dan mengatakan bahawa  ada pihak yang tidak bertanggong jawab atau tidak berintergriti dalam usaha menyelesaikan isu yang ada. Jika kita tidak yakin maka berhati-hatilah. Dalam apa keadaan sekalipun,  tutur kata kita harus beralas dan mengunakan bahasa yang tidak menyakitkan hati orang yang membaca atau mendengari fakta yang kita ketengahkan. Dengan cara ini kita tidak termasuk dalam golongan mereka yang suka mencari salah orang lain sahaja dan mengaanggap dirinya dan pendapatnya itu perfect dan sempurna. Salah-salah hemat ia boleh ditafsir sebagai hasutan semata-mata.

Hendalkah kita sentiasa ingat  bumi  mana yang tidak pernah ditimpa hujan dan tidak pernah kemarau panjang. Dan jika kita bertubi-tubi mengkritik kepimpinan Malaysia baharu ini, ingatlah juga  bahawa "Rome was not built in a day".

Sama-sama kita fikir-fikir dan dalam malam 10 akhir Ramadhan ini sama-sama lah kita panjatkan doa kehadrat Allah swt semoga negara kita membangun dalam suasana yang aman damai. Sampai di sini sahaja sedikit coretan minda yang mungkin juga tidak sempurna dan jelas. Hingga lain kali.....salam Ramadhan Kareem dan semoga Allah kurnia Malam Lailatul Qadar, malam Istimewa yang lebih baik dari 1000 bulan.
Aamiin ya Rabb.....


........................

No comments:

Related Posts with Thumbnails