"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, May 18, 2019

May 12, is my Birthday......@ Iftar bersama cucu-cucu.







Alhamdulillah Allah kurnia menemui ulamg tahun kelahiran yang ke 72 pada 12 Mei 2019. Ini bersaan 74 tahun Hijriah dikira dengan peredaran bulan. Saya sering ingatkan anak-anak fakta akan ini semoga menyedari bahawa proses menua itu amat cepat sekali, terutama dirasakan selepas bersara dan selepas segala kekurang berlaku pada kesihatan fisikal  yang makin hari makin menunjukan bahawa penghujung jalan makin hampir.

Pada malam itu anak-anak datang untuk berbuka puasa bersama. Setiap anak membawa juadah untuk dikongsikan. (A family that eats together stays together ).



Tiada hidangan luar biasa. Cuma kami memohon barakah bulan Ramadhan.
Kami foto untuk kenangan. Ini anak saya bertudung hitam dan dibelakang saya ialah menantu.



Malam itu besan saya (bertudung hijau) dari Kedah datang ziarah dan Iftar kami bertambah meriah.
Hidangan kami biasa-biasa sahaja  menyantuni semangat Ramadhan untuk
 berempathi dengan yang kurang berkemampuan.



Cucu-cucu makan berasinagn di bilik sebelah kerana meja makan tidak
 mencukupi. Ada yang berpuasa ada yang tidak.
Saya sendiri berfahaman bahawa anak-anak yang belum baligh tidak  perlu
dipaksa berpuasa. Kitab latih mengikut keadaan dan kemmampuan
 anak-anak kecil itu.



Selepas solat Tarawikh yang diImamkan oleh anak menantu lelaki saya, 
kami berfoto dengan cucu-cucu  dari anak perempuan saya. 
Kesemuanya 6 orang lelaki. Amat mencabar cuba mendidik mereka waktu ini,
Alhamdulillah walaupun ada ujian pergaduhan atau guruan yang membawa luka, semuanya dapat diselesaikan penuh hikmah. 



Ini suami saya pada malam itu dengan kedua-dua anak lelaki saya.
Kami hargai detik-detik mengeratkan hubungan kasih sayang seperti ini. Semoga berkekalan.
Alhamdulillah, dan kami berdoa semoga mendapat keampunan dan perlindungan kasih sayang yang maha Pencipta hingga keakhir hayat.


................................

No comments:

Related Posts with Thumbnails