"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, May 28, 2019

Umur senja....@ Akhir Ramadhan.





Alhamdulillah, Allah sampaikan juga Ramadhan ke hari 23 kini. Cuma hati sarat dengan  penyesalan diri.....

Kederat sudah amat berkurangan dan keinganan untuk pulun seperti yang disarankan oleh ustaz-ustaz tidaklah dapat berkekalan.

Di awal Ramadhan seakan kuat dan bersemangat. Di akhir nya kini pula tenaga hampir surut kesemuanya. Ingin buat catatan sedikit di sini semoga generasi muda jangan tunggu hingga ke dewasa tua kerana masa yang berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan.

Semoga Allah mengampuni kecuaian dan semoga penyesalan tertutup jua dengan belas ikhsan yang maha Pengasih dan maha Penyayang. Itu sahaja harapan. Doa itu yang dipanjatkan tanpa putus-putus semoga allah mengampuni dan memaafkan.

Di umur senja ini Allah kurnia dapat melihat  dan tinggal Putrajaya. Katanya ia lambang kejayaan Negara. Alhamdulillah. Jika muda semuanya dapat dicontohi dan diteladani. Tetapi bila musim senja hanya mampu melihat dengan penuh iri hati dan penyesalan yang tiada kesudahan.

Penduduk di Putrajaya rata-rata masih muda. Umur seperti saya yang sebaya bolih dikira. Banyak aktiviti Ramadhan diadakan tetapi kami hanya mendengari dengan perasan ingin kembali dihari silam. Bolih mengikuti mana yang terpikat dihati. Kini sudah tidak mungkin lagi.

Solat Tarawikh dan Qiamulail bukan sekejap tetapi tidak kurang dari dua jam setengah setiap sessi. Itu pun hanya lapan rakaat sahaja Tarawikh dan sebelas rakaat Tahajuud malam di surau berhampiran. Tahajuud bermula jam 2 pagi di sepulah terakhir Ramadhan ini. Tetapi Imam bertugas yang punya ketermapilan bacaan alQuran membawa makmum berdiri panjang....amat panjang buat diri yang kerdil ini. Ia seorang Arab dari Yamen yang bermastautin di perumahan ini. Seronok dihati  tetapi hanya  rasa insaf  dan keinsafan yang mengulit diri.  Berhenti seketika  antara rakaat sambil memicit dan membelai lutut yang sudah hampir tiada kekuatan lagi.

Saya ketinggalan.....
Mula-mula cuba bertahan membenteng tenaga dengan semangat korban. Akhirnya tidak dapat berhadapan dengan kenyataan. Duduk sahaja dilantai. Malam tadi duduk pula di kerusi yang disediakan. Terkedu dan sedih dihati. Sudah tua rupnya diri ini......

Panjangnya bacaan qunut amat menyentuh qalbu dalaman........berat dengan penyesalan.
Indahanya bahasa dan indahnya aliran alquran dapat sedikit-sedikit difaham. Alahamdulillah Allah kurnia juga kesempatan mengaji dan belajar dari ustaz-ustaz yang sabar dengan kami yang kini mudah keletihan dan mudah lupa apa yang diajarkan. "Kepandaian dan kecerdasan aqal " sudah ditelan zaman dan hanya mampu merangkak-rangkak menghafal apa yang disaranakan ustaz yang penuh gigih menyampaiakan.

Walau amat sedikit, hanya sedikit sekali yang dapat diusahakan, hati ini tetap mendayu-dayu mohon harapan, Semoga Allah akan mengurnia habuan malam-malam Istimewa yang dihadiah kan pada hamba-hambaNya tersayang..........LailatulQadr yang lebih baik dari seribu bulan. Aamiin ya Rabb......

Wahai anak-anak dan semua yang masih muda,
Janganlah tunggu hingga Senja.


....................

No comments:

Related Posts with Thumbnails