"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, February 14, 2020

Wuhan: is this the Chicago of China?



Bismillah
COVID-19 (coronovirus)
WUHAN........Apakan Daya !

Apakan daya Wuhan !.......
Belum sempat pergi musafir ke sana, Wuhan sudah dilanda musibah. Hanya Allah yang maha tahu apa hikmahnya. Manusia di mana jua mereka berada hanya boleh mengguna fikiran yang Allah kurnia. Manusia hanya boleh membuat telahan. Namun Allah yang maha tahu apa yang nyata dan apa yang tersembunyi.

Saya hanya pernah melawat Beijing lebih 10 tahun yang lalu.Rupanya Wuhan satu bandar raya yang hebat juga. Saya kongsikan video di atas bagi siapa yang belum sempat ke sana. Penduduk 11 juta orang. Kuala Lumpur amat kecil dibanding dengannya. Semoga Allah kurnia kesejahteraan pada Malaysia dan apa jua ujian yang Allah turunkan semoga rakyat Malaysia dapat menerima penuh Redha dan Allah kurnia kepintaran dan kebijaksanaan untuk mengatasinya. Semoga Rakyat China juga mengambil iktibar sepenuhnya dengan penuh bijaksana bahawa walau sebesar mana kemewahan yang di capai dan sekuat mana kekuatan tentera yang dapat dikumpulan semoga mereka sedar Kuasa Allah itu menguasai segalanya. Allah yang maha Pencipta semua yang ada di langit dan di bumi. 

Manusia hakikatnya adalah amat kerdil dan amat fakir. Jangan hendaknya sombong melangit.......

Ada beberapa pendapat yang saya baca mengenai puncanya tersebar Virus ini. Mula-mula katanya akibat dari keracunan makanan yang berasaskan makan binatang-binatang liar yang kecil dan yang besar, yang di muka bumi dan yang dalam lautan dan yang berterbangan. Sebenarnya orang-orang China sudah berabad dan bertahun makan seperti demikian. Saya tertanya-tanya mengapa baru sekarang ia jadi masaalah.....

Tetapi jika difikir-fikir secara waras memang tidak mustahil ini boleh berlaku kerana dalam alQuran pun Allah telah nyatakan bahawa manusia harus makan yang halal dan baik sahaja. (Halalan Toiban). Jika manusia engkar maka Allah akan menunjukan sesuatu supaya manusia berfikir semula mengapa sesuatu musibah itu boleh berlaku. 

Allah tidak pernah menzalimi segala ciptaannya. Subhanallah........maha Suci Allah.

Ada juga pendapat lain yang saya baca. Virus ini terlepas dari makmal penyelidikan dan merebak hingga susah untuk dikawal. Katanya kerajaan China tahu mengenai ini tetapi ia tidak menyatakan apa yang sebenarnya berlaku. Dengarnya ini ada kaitan dengan "biological weapons" Entahlah..... Allah yang maha Tahu.

Saya amat jahil dalam hal ini dan hanya tertanya-tanya sendirian kerana sudah tidak ada ruang untuk bertanya dan memberi pendapat dan cadangan. Katanya bukan negara China sahaja yang membuat kajian seperti itu. Semua negara besar dipercayai menjalankan kajian seperti ini untuk tujuan-tujuan yang hanya mereka yang tahu..... (mungkin untuk menguasai dunia sepenuhnya)......

Maka ada pendapat yang mengatakan kita harus berwaspada dan beringat dan berjaga-jaga supaya mengambil tindakan sewajarnya untuk mempertahankan diri dan keluarga dan pastinya juga negara. Katanya banyak berita-berita yang tidak jelas. Pasti ada muslihat mengapa ada perkara-perkara yang dirahsiakan.

Maka kita bersabar dan yakin bahawa Allah akan memberi pertolongan. Kebergantungan kita dan semua manusia seharusnya tertumpu pada Allah yang maha Pencipta. Manusia merancang dan Allah juga merancang, Allah itu maha Perancang dan perancangan Allah itu mengatasi segala perancangan yang lain. Walauapa pun Allah tidak menzalimi CiptaanNya. Fikirkan........

Itu sahaja fikir-fikir saya....
Mungkin ini adalah antara tanda-tanda Akhir Zaman......
Kes mangsa virus di Malaysia ketika saya menulis ini ialah 19 orang..
Semoga Allah melindungi Malaysia dan semua dari bencana yang sedang melanda. 

Semoga Allah membuka hati-hati mereka yang belum menyedari kesahihan kewujudan Allah yang maha Pencipta, maha Pengasih dan maha Penyayang dan menerima syahadah Tauhid yang satu.

Aamiin ya Rabb......


No comments:

Related Posts with Thumbnails