"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, August 9, 2020

Bingung berfikir bila Ilmu tidak tuntas....



A001
Lebih dua minggu yang lalu saya menulis mengenai cerita Hagia Sophia yang kini menjadi Masjid. Saya "gembira" dengan berita itu kerana selama ini saya berfahaman bahawa Hagia Sophia itu adalah hak mutlah negara Turkey apabila Sultan Muhammad Fatih telah menawan Constantinople dan kini nama barunya ialah Istanbul. Maka peristiwa itu adalah sejarah yang gemilang dalam fahaman saya.

Dalam umur kini saya hanya mengikuti berita-berita melalui Utube. Maka pengetahuan saya amatlah terhad. Ini membuat saya rasa agak bingung kerana ada Ilmuan atau Shaikh yang berpendapat berlainan dari apa yang diperkatakan oleh pihak yang mengatakan bahawa amat tepat bagi Presiden Erdogan untuk menjadikan Hagia Sophia dari sebuah Museum ke sebuah Masjid. Ramai yang berpendapat demikian. Katanya Sultan Muhamad Fatih telah membeli Cathedhril itu dan mewakafkannya pada kerajaan Turkey.

Antara Shaikh yang saya dengari di utube yang mengatakan langkah itu tidak sah adalah Shaikh Imran Husain dari Trinidad dan Shaikh Omar Baloch keturunan Pakistan yang bermustautin di Amerika Syarikat. Isu yang kurang jelas buat saya  ialah apakah takrif "penaklukan" dan "pembukan" sesebuah negara dalam Syariat Islam. Dua pendapat yang berlainan ini menimbulkan pula isu pihak Israel yang dikatakan berhak pula membina Temple Sulaiman di tapak Masjidil Aqsa. 

Saya risau........

Tujuan saya menulis di sini adalah semata-mata untuk menyatakan keriasuan saya kerana ada dua pendapat yang bertentangan. Anda yang berminat mengenai hal ini boleh cari sendiri di Utube. 

Ilmu saya sedikit dan tidak tuntas. Semoga segala kerisauan saya dan kebingungan saya Allah ampunkan dan semoga saya tidak di kira jahil dan berdosa kerana serba salah dalam menentukan pendirian pemahaman saya sendiri.

Semoga Allah melimpahkan taufiq dan hidayahNYA pada kita semua dan kita selamat di dunia dan di akhirat.

Aamiin ya Rabb......



No comments:

Related Posts with Thumbnails