"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, August 21, 2020

Kita insafi fakta ini dan semoga Allah mendengari doa .....@The country with Muslims but no mosque


A001
Subhanallah, tersedih bila tahu ada negara yang ramai penduduknya menganut Islam tetapi kerajaan negara itu tidak mengiktirafnya dan antara yang dilakukan ialah tidak membenarkan Masjid dibina. Amat malang dan saya berdoa negara senacam ini tidak akan lama wujud di dunia ini kerana amat zalim..... kalau tidak menyiksa fisikal ia menyeksa emosi hati......

Islamic mosque building flat design illustration Premium Vector
foto hiasan ehsan carian google.

Alhamdulillah.... di Malaysia kita ada Masjid di mana-mana.
Cuma kita kekadang ambil mudah dan tidak menyahut seruan Syariah untuk mengimarahkan Masjid sepenuhnya. Dalam sejarah Islam, junjungan besar Nabi kita Muhammad Salallahualaihiwasalam apabila Hijrah ke Madinah mula-mula sekali Baginda mendirikan Masjid, iaitu Masjid Quba di Madinah.

Masjid bukan sahaja lambang adanya Islam tetapi Masjid merupakan pusat perkembangan segala kegiatan Islam. Saya teringat peristiwa semasa bertugas dahulu dalam tahun 1970an dan 1980an akan seorang Vice Chancellor University Teknologi Malaysia, Tan Sri Ainuddin Abdul Wahid (1975-1989) enggan pindah ke Johor Baharu jika kerajaan tidak mahu meluluskan pembinaan Masjid dalam fasa pertama dibina Kampus tersebut. Saya kagum dengan ketegasannya......

Semoga senario politik dunia berubah membela Islam dan Negara Slovakia ini  dibenarkan membina Masjid dan dibenarkan melaksana program-program Islam yang lainnya. Ingatlah wahai manusia !!!, Allah maha berkuasa atas segala sesuatu. Kebenaran akan menang akhirnya...... Umat Islam harus bersatu, bersabar dan berusaha bersama. 

Semoga Allah menunjuki jalan dan memudahkan segala usaha.....
Aamiin ya Rabb.



No comments:

Related Posts with Thumbnails