Kita periksa diri.
2019 akan berlepas pergi.
Sebenarnya kita harus periksa diri setiap hari.
Tidak mengapa, kita fikir-fikir sekurang-kurangnya setahun sekali.......
Ini antara kata alQuran mengenai kehidupan untuk kita fikirkan dan doa semoga Allah kurnia keinsafan dan mengubah tindakan semoga Allah mengampunkan.
Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
(Al-An'aam 6:32) | Kita ada beberapa hari lagi sebelum berlabuhnya tirai 2019 ini. Rasanya banyak peristiwa yang menyenangkan hati dan banyak juga yang membuat hati gundah dan bersedih, seperti semua masaalah tidak bertepi. Walau apa sekalipun, setiap Muslim harus mensyukuri. Saya mensyukuri.........
Apa jua masaalah yang kita dihadapi, itu sudah jadi lumrah kehidupan di dunia ini. Kesemuanya ada hikmah tertentu yang Allah mahu memberi pengajaran pada hambanya . Jom kita ingat-ingat kembali peristiwa setahun yang lepas ini dan apa yang dapat kita pelajari dan kita mengubah niat dan cara semoga hidup kita seterusnya menjadi lebih baik dan Allah meredhai.
Tahun ini Allah kurnia buat saya kesihatan diri yang sering menjadi fakta penting untuk berhati-hati. Nasihat doktor pakar kekadang melegakan hati tetapi kekadang membuat fikiran amat khuatir walaupun kesihatan sebenarnya tiada kaitan mutlak dengan samada umur kita akan berterusan atau terhenti. Maka saya melihatnya dari sudut yang positif sahaja dan apa jua yang saya rasai pastinya ada sesuatu yang saya belum mengerti. Maka kesihatan menjadi teman berfikir-fikir tentang kebesaran yang maha Pencipta dan maha Tinggi dan bagaimana kesudahan diri saya nanti.
Dua bulan dahulu saya mendapat serangan pneumonia. Saya ingatkan demam biasa sahaja dan hanya mengambil ubatan untuk demam dan selsema. Tidak menjadi apa-apa dan rasa amat "terseksa". Yang saya ingin kongsikan ialah kesukaran melakukan solat dalam demam yang amat sangat. Selama dua hari saya kira Solat saya tercicir. Saya cuba juga lakukan dengan suasah payah berwudhu dan kemudian duduk diperbaringan. Yang buat saya tersedih dan amat takut ialah kerana saya lupa bacaan dalam solat yang selama ini saya lakukan. Seperti saya hilang deria fikir dan deria rasa. Saya cuba baca dan cuba baca........ada yang ingat dan ada yang lupa.
Saya tidak ingat sebenarnya dan seperti saya tertidur.......
Bila saya rasa lega saya tidak dapat melepasi ketakutan saya kerana tidak dapat ingat bacaan yang harus saya lakukan. Maka saya teringat..... kalaulah waktu itu saya sedang nazak, mampukah saya bersyahadah dan ingat detik Malaikat datang.....saya takut hilang aqal........Saya rasa berdebar-debar....
Peristiwa itu buat saya menginsafi diri betapa saya masih jauh dari kekuatan menghadapi segala halangan dalam usaha mahu di terima Allah sebagi HambaNya.....yang sebenar hambaNya.
Maka insyaAllah umur yang berbaki ini saya cuba semoga Umur ini tidak berlalu sia-sia....
Semoga Allah sentiasa bersama memelihara. Semoga Allah kurnia Iman dan Taqwa dan semoga terselamat dari angkara Fitnah hidup yang berleluasa.
Itu sahaja perkongsia saya. Semoga ia memberi ingatan dan kita dapat sentiasa berwaspada kerana hidup ini amat mudah dikelirukan oleh elemen-elemen yang sentiasa mahu menyesatkan manusia.
Mohon keampunan Mu Ya Rabb.....
Mohon Redha Mu Ya Rabb.....
Aamiin ya Rabb
No comments:
Post a Comment