"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, April 30, 2020

Menangislah..@ Ramadhan @ Covid-19


A001


Foto hiasan ehsan carian Google.


Alhamdulillah saya dapat mengikuti sedikit cerita dakawah Ustz Ebid Lew di U tube. Cara beliau berdakwah memberi kesan pada saya. Dia selalu cerita perihal ia menangis bila berdoa. Di celah-celah kesibukan Ramadhan saya ikuti beberapa kisah-kisahnya. Semoga mendapat munafaat dari usahanya yang gigih dan memberi munafaat buat semua.

Di bawah ini saya cari ayat alQuran yang ada kaitan. Saya kongsikan di bawah ini :


A053
Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan.
(Al-Nahl 16:53

Saya kongsikan terjemahan dalam bahasa Inggeris erti "meraung" di bawah ini berkaitan ayat Quran yang sama. Saya cari di google

MUFTI TAQI USMANI

Whatever blessing you have is from Allah. Then, once you are touched by distress, to Him alone you cry for help.

SAHIH INTERNATIONAL

And whatever you have of favor - it is from Allah . Then when adversity touches you, to Him you cry for help.

Semoga Allah kurnia keberkataan buat kita semua dan semoga Allah terima Taubat kita dan ampunkan segala dosa-dosa kita, terima Doa-doa kita dan terima amalan-amalan kita. Semoga Allah kurnia juga buat Ibu Bapa kita.

Aaminn ya Rabbal alamiin.......



2 comments:

Temuk said...

Assalamu'alaikum. Semoga sihat wal'afiat. Alhamdulillah & tahniah, masih tetap berdiri blog ngasobahseliman, ya. Saya juga ada mengikuti fb Ustaz Ebid. Beliau amat mengagumkan. Pentas blog saya masih ada, tanpa lakonan. Sesekali ada memFB (Abdul Halin Hamid). Selamat menjalani ibadah puasa.

ngasobahseliman said...

Waalaikumussalam, Pak Temuk. Rasa teruja dapat kunjungan Pak Temuk. Semoga Pak Temuk pun sihat2 belaka dan dapat menjalani amal Ibadah seluruhnya dengan sempurna.
Saya seronok sendirian Pak Temuk masih mahu berhubungan. Saya ada FB tetapi saya rasa lebih selesa di Blog kerana saya tidak perlu cepat mencatat sesuatu.Saya terus menulis sikit-sikit kerana di pejabat dulu saya suka celoteh. Kalau hanya seorang sahaja mendengari pun tidak mengapa.Saya suka catat apa yang terlintas difikiran bila membaca atau mendengari berita dimedia massa.Ada orang yang suka berhobby. Therapatic. Saya juga tulis kerana itu therepi buat saya sekarang banyak kerana tinggal di rumah sahaja. Saya pindah Ke Putrajaya sbb dekat dengan anak2 dan adik beradik suami saya. Maka saya kehilangan kekawan mengaji di Petaling Jaya.
Apakan daya...... lama2 pun kita kehilangan semua kekawan kan....
Terima kasih Pak Temuk sudi mamper.

Related Posts with Thumbnails