"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, June 7, 2010

FIKIR ZIKIR DI BUKIT TINGGI


Keindahan alam di Bukit Tinggi amat menakjubkan. MasyaAllah. Bukit-bukaunya menghijau, tasiknya terbentang luas dan sungai-sungai mengalir deras. Sumber air untuk tanaman tidak menjadi masaalah  Sawah padinya menguning dan bunga-bunga berkembang menawan hati siapa jua yang berkunjung. Kami berlima seangkatan melawat Padang dan Bukit Tinggi selama 4 hari  dari 22-25 Mei dan kami rasa aman melihat betapa kurniaan Allah boleh memberi ketenanagan fikiran, walaupun seketika. Apakan daya bila sampai waktu beredar, pulanglah kami ke tanah air. Lawatan yang pendek membawa kenangan yang bercampur-campur. Padang dan Bukit Tinggi mempunyai sejarah tamadun yang amat memberi kesan pada pemikiran. Perkembangan budaya setempat telah di bawa ke seberang. Tiada kelihatan tahap kemisikinan yang seperti kami lihat di Jakarta atau di Bandung. Allah maha Pengurnia. Alhamdulilah.

Kami kongsikan gambar-gambar di atas untuk sama -sama kita renongkan ciptaan Allah yang maha Berkuasa di atas segala sesuatu, yang maha Pengasih dan maha Penyayang dan maha Pengurnia. Dalam alQuran keindahan ini dirakam (antara lain) seperti ayat berikut  untuk kita muhasabah diri. Surah Ar Rahman Ayat 1-13.
" (Allah)  Yang Maha Pemurah.  Yang telah mengajarkan AlQuran. Dia menciptakan manusia. Mengajarnya pandai berbicara. Matahari dan bulan beredar mengikut perhitungan. Dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohon kedua-duanya tunduk kepadaNYA.Dan Allah telah meninggikan langit dan DIA meletakan neraca (keadilan). Supaya kamu tidak melampaui batas tentang neraca itu. Dan tegakan timbangan itu dengan adil dan jangan kamu mengurang neraca itu. Dan Allah telah meratakan bumi untuk makhluk(NYA). Di bumi itu ada buah-buahan dan pohon kurma yang ada kelopak mayang. Dan biji- bijian dan bunga-bunga yang harum baunya. MAKA NIKMAT TUHAN KAMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN."
 Semua ciptaan Allah bertasbih mensucikanNya. Tiada yang lain selain darinyaNYA. Cara bertasbih gunong ganang, hutan rimba, haiwan dan lain-lain tidak kita ketahui bagaimana. Cuma kita percaya kerana ini disebut khusus dalam alQuran. Cuma ciptaan dalam bentuk manusia sahaja yang susah mempercayai yang ghaib-ghaib. Maka ramai yang engkar tidak yakin pada alQuran. Mulut tidak akan mengatakan demikian tetapai banyak perbuatan dan amalan yang masih belum menunjukan keyakinan yang jitu.

Padang dan Bukikit Tinggi melahirkan ramai bijak pandai Allahyarham Hamka dan lain-lain lagi bermula menapak di daerah ini. Tetapi dalam celah-celah kekaguman saya tentang kegigihan pendudunya saya masih tertanya-tanya mengapa dalam hal hukum hakam pembahagian harta mereka tidak menggunakan apa yang ditentukan dalam alQuran. Pemandu pelancung bersama kami masih mengesahkan bahawa adat budaya  masyarakat tempatan masih tebal lagi. Wanitanya  adalah yang utama dalam pembahagian harta. Surah An Nisa menjelaskan dengan terperinci prinsip pembahagian harta. Allah tidak memberi kuasa budibicara dalam hal ini. Maka tidaklah dibenarkan bagi kita membuat formula tersendiri dan membuat andaian-andaian mengenai sifat dan perasaan dan cara dan daya  berfikir manusia. Dalam konteks ini budibicara seperti itu tidak relevan.

Dalam masa yang singkat saya tidak dapat membuat penentuan yang jelas sama ada budaya itu sebenarnya masih termaktub dalam sistem perundangan mereka. Alangkah jauh terbabas jika ini masih berlaku. AlQuran tidak boleh diambil sebahagian-sebahagian untuk dilaksana. MAKA NIKMAT TUHAN YANG MANA YANG HENDAK KITA DUSTAKAN.

Sering kali Allah menguji manusia dengan kemewahan, keindahan, keselesaan, kepandaian, kesihatan dan berbagai lagi yang seperti dengannya.  Semoga Allah memberi keampunan pada saya dan kita semua atas kekurangan dan kelemahan. Semoga kita sentiasa di jalan yang lurus dan matinya kita dalam RedhaNya.
WaAllahua'lam.

No comments:

Related Posts with Thumbnails