"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Friday, June 18, 2010
MENGGAPAI IMPIAN 3
Saya dan teman yang mewakili Penaja projek impian (Situwangi boarding school) di Garut Indonesia telah pergi sekali lagi ke sana pada 8-10 June untuk meninjau kemajuan dan cuba menyelesai apa jua masaalah yang ada. Saya rasa amat insaf kerana sekali lagi saya berhadapan dengan masaalah pembangunan seperti semasa saya berkerja dahulu. Cuma kali iani saya lebih insaf kerana senario sekeliling tidak serupa. Sekarang ini saya memerlukan lebih banyak kesabaran dan berfikiran panjang dalam cuba menyelesai masaalah-masaalah yang ada. "Siapa kata perjuangan itu mudah." kata teman saya. Saya menganggukkan kepala bersetuju dan terus berfikir cara terbaik untuk terus maju. Alhamdulilah, team yang melaksana projek ini amat prihatin dan amat komited dan beberapa cadangan untuk menyelesai masaalah dapat dikemukakan pada Penaja. InsyaAllah pendaftaran pelajar boleh dibuat pada Juali ini walaupun beberapa bangunan belum sempat diselesaikan. Tiada kekuatan melainkan kekuatan Allah. Kami terus memohon doa semoga Allah memudahkan usaha seterusnya dan cita-cita kami, (terutama niat Penaja) akan tercapai jua dengan pertolongan Allah yang maha berkuasa atas segala sesuatu.
Berikut adalah sebahagian kemajuan projek seterusnya. Kami berpegang pada falsafah "di mana ada kemahuan di situ ada jalan". Teman saya kata, " pasang niat yang betul, dan usaha yang ikhlas, pertolongan Allah itu amat hampir."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment