"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, June 20, 2010

FIKIR ZIKIR DI SRI LANKA

 Seminggu kami musafir ke Sri Lanka dari 11-16 Jun untuk bertukar- tukar fikiran tentang dakwah sejagat, dan khusus untuk melatih kraf bahan kertas kitar semula kepada remaja dan ibu-ibu Muslim yang berpendapatan rendah sebagai satu cara mempelbagai aktiviti ekonomi. Kami juga mera'i sekadar yang termampu dua kumpulan anak-anak yatim termasuk mereka yang menjadi mangsa tsunami.Mengapa ke Sri Lanka? Kerana Sri Lanka tidak punya banyak peluang seperti di Malaysia'

Sri Lanka adalah negara di mana majoriti pendudkunya mengikuti fahaman Buddha. Di banyak penjuru di bandarraya Colombo patung Buddha akan nampak tesergam. Islam hanya berjumlah 7% - 8% sahaja dari penduduk seramai lebih kurang 22 juta. Aktiviti kami adalah hanya di Colombo kerana masa terhad dan kewangan juga terhad. Maklumlah kami adalah NGO yang belum setabil kedudukan kewanagannya. Colombo adalah bandar di tepi laut dan pandanganya amat cantik sekali. Flora dan faunanya tidak banyak bezanya dari Malaysia. Mereka ada rambutan, mempelam dan durian, ada gajah, ada monyet dan ada harimau.

 


 


 

Anak-anak yatim yang kami temui dan ra'i
 
Sebahagian dari peserta mendengar penerangan sebelum memulai latihan kraf
Dr Mareena, Ketua Jemaah Muslimaath Sri Lanka sedang memberi ucapan.

Sri Lanka,

Ku datang dan ku pergi,
Amat sebentar untuk aku mengerti cerita hati dan budi pekerti,
Hanya kesempatan bertegur siapa dan memerhati
Gerak perilaku yang mencerminkan hatibudi.

Namun aku kagum dengan keprihatinan usaha diri
Mahu mempelajari apa jua dari kami yang mereka anggap lebih mengerti
walaupun hakikatnya kami juga perlu belajar dan mempelajari
Kerana setiap insan tidak akan cukup membawa bekalan bertemu Ilahi.

Mereka yang kami temui hidupnya amat sederhana sekali
Namun jiwanya besar dan sungguh-sungguh mahu mera'i
Senyumnya, tutur katanya indah tidak terperi
Tidak terasa susunan bahasanya yang kurang rapi
Maklumlah mereka kumpulan terpinggir dan jarang diambil peduli
Hidup dalam negara di mana Islam tidak dipelopori dan tinggal ditepi-tepi
Agama keturunan yang memerlukan sokongan dakwah dari mereka yang mampu memberi.

Namun hubungan kami selesa walau hanya beberapa jam bersama,
Itulah indahnya Nur Iman yang menjalin hubungan kami merentas lautan jauhnya
Bertekad mahu berkongsi ilmu dan keterampilan mengukir dan mengikat seni
Semoga dapat memulakan hidup berdikari mempertingkat jati diri dan dapat membela diri
Dalam suasana pemerintahan yang terhadap Islam hanya bersikap nafsi-nafsi

Hanya setitis ilmu yang dapat kami kongsi sebagai alat memperluas dakwah
Menjalin hubungan ukhuwah dengan Islam sebagai wadah
Semoga Allah memberkati usaha kami serta mereka untuk kurniaan rezki meluah-luah
Rezki zahir dan rezki batin yang dapat membawa pada keredhaan Allah

Azam dan doa kami semoga Bumi Sri Lanka akan terbela dengan Islam
Berkat kegigihan kumpulan yang kecil ini menerajui kepimpinan
Mereka perlukan bantuan, kecil tapak tangan nyiru mereka tadahkan.
Dengan pertolongan Allah kemungkinan pasti  akan menjadi kenyataan
Asalkan sahaja usaha diikhlaskan dan  dakwah diperluaskan.
Amin.

Yang tua tidak ketinggalan
Yang remaja mula tampil ke hadapan
Kata-kata semangat di rumah anak yatim
Bekas anak yatim yang kini membantu mengurus.
MAKA NIKMAT ALLAH YANG MANA SATU YANG KAMU MAHU DUSTAKAN.

1 comment:

noraini said...

alhamdulillah. good documentation about sri lanka visit. sajak pun captivating. keep up the good deeds. Manisnya iman adalah dalam amalan ikhlas

Related Posts with Thumbnails