Dalam perjumpaan sosial sering kita mempermain-mainkan umur. Kita berkata seperti, "a woman is as old as she looks, a man is as old as he thinks." Kadang-kadang kita kata ,"what is age, they are but numbers." Ada pula di kalangan wanita yang suka "menyembunyikan" umur sebenarnya. Malu mahu berterus terang tentang umur. Takut orang tahu kita mula menua, agaknya. Namun apa jua yang kita fikir mengenai umur, apa jua tanggapan kita mengenai jangka masa yang berlalu dalam hidup, Allah swt telah telah memberi beberapa amaran dalam al Quran mengenainya. Saya kongsikan di sini apa yang Ustaz saya bicarakan baru-baru ini dalam satu sessi pengajian tafsir.
merenong kembali umur yang telah belalu,
.......agaknya.
Allah memberi ingatan masa itu ialh suatu yang kritikal hingga Allah bersumpah dengannya. Lihat surah Al 'Asr 103 ayat 1-3 :
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu sungguh-sungguh dalam kerugian, Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran."Umur dikira dari sejak lahir hingga satu masa yang ditetapkan. Rugilah jika kita tidak memunafaatkan masa. Umur kita ada pendek dan ada yang panjang. Allah telah mengingatkan dalam surah Al Anam 6 ayat 2 bahawa jangka umur kita bukan untuk kekal tetapi untuk binasa.
"Dan Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, sesudah itu ditentukannya ajal (kematianmu), dan ada lagi satu ajal yang ditentukan (untuk dibangkitkan) yang ada pada sisiNya (yang Dia sendiri mengetahuinya), kemudian kamu masih ragu-ragu'Tetapi yang penting di sini bukanlah panjang pendeknya umur itu. Yang penting ialah perhatian yang harus diberi pada setiap peringkat umur agar kesemuanya bermunafaat. Secara umum umur dibahagi pada tiga peringkat, iaitu kanak-kanak, dewasa dan tua. Namun kata Ustaz, ada ahli psikilogi yang membahagikannya seperti berikut:
1 hingga 7 tahun.
Ini umur peringkat remaja. Di sini telah timbul semangat berlumba-lumba dalam semua hal. Ia mula ingin menonjol, maka di sinilah perlunya kedua ibu bapa dan mereka yang bertanggong jawab di sekelilingnya perlu memberi nasihat dan bimbingan.
15 hingga 21 tahun.
Ini umur akil baligh. Telah mula sempurna rohani dan jasmaninya. Dalam peringkat remaja ini mereka telah mula berangan-angan dan bercita-cita. Di sinilah bermulanya sesaorang itu menjadi 'egoist', suka membangkang dan menentang. Mereka rasa mereka mampu berdikari. Maka disinilah mereka perlu diberi pengawasan dan kawalan yang sewajarnya kerana mereka mula suka melanggar peraturan. Gejala sosial mula diperingkat ini.21 hingga 26 tahun.
Ini umur dewasa. Seharusnya sudak menampakan kematangan. Namun di sinilah mereka sering diombang-ambingkan oleh nafsu libidonya. Waktu ini ideal untuk bina rumah tangga supaya nafsu tersalur dengan baik. Rasulullah saw berkahwin umur 25 tahun.27 hingga 35 tahun.
Ini umur dewasa sempurna.Ketika ini pertumbuhan jasmani terkuat. Akal dan fikiran sudah terbuka, jelas, tegas dan tidak ragu dalam merencana diri dan keluarga.36 hingga 40 tahun
Ini disebut pertengahan umur, iaitu pertengahan perjalanan hidup. Keadaan hati mantap dan tegap. Kematangannya amat nyata. Waktu ini Nabi saw di angkat sebagai Rasul.41 hingga 50 tahun.
Ini umur setengah tua. Dalam umur ini jangan kita merasa masih muda. Ramai yang enggan dipanggil tua ketika umur ini. Ketika ini ramai yang agak rasa bosan dengan hidup jika tidak ada apa-apa yang mencabar. Ada yang kurang selera makan. Diperingkat ini ada yang mempunyai kesedaran mengenai mati dan dengan itu sering bertaubat. Walaupun jika ketika ini baru sedar itu terlambat, namun belum dikira sebagai terlalu terlambat.51 hingga 65 tahun.
Ini peringkat sifat-sifat umur menurun. Boleh diertikan seperti tidak ada 'pick-up' dan agak kurang bermaya dalam semua aspek. Kekuatan fisikal dan mental juga menurun. Penyakit-penyakit mula ketara dan banyak penyakit-penyakit yang kronik. (Justeru ingat umur 60 tahun itu satu tanda aras kritikal).
65 hingga 75 tahun.
Ini umur tua. Ia penuh cubaan kerana berbagai penyakit. Umur ini perlu pertolongan pihak ketiga. Ada yang mula hidup menderita.
75 hingga Seterusnya.
sahabat yang sakit diziarahi.
Sehubungan dengan fakta di atas ini, Nabi kita Muhamad saw menyuruh kita memfokus kepada umur 40 dan 60 tahun. Kata Ustaz umur 40 tahun adalah umur amat matang, mudah megerti dan memahami fakta-fakta kehidupan. Boleh berfikir dan bertindak secara rasional. Umur ini adalah seperti umur 'tanda aras', seolah-olah tanda sempadan. Jikalau diumur ini masih rakus berbuat maksiat dan tidak langsung rasa bersalah maka pasti seperti ia menempah tempat di Neraka. Allah swt berfirman dalam Surah Alahqaaf 46 ayat15 dengan maksud berikut:
"Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula) . Mengandungnya hingga menyapihnya adalah tiga puluh (30) bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh (40) tahun ia berdo'a: ' Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan pada ku dan kepada ibu-bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepada ku, kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engaku dan sesungguhnya aku termasuk orang-orng yang berserah diri'."
Ayat ini menyatakan umur 40, iaitu umur yang matang. Ini kemuncak umur keIslamannya. Ada cerita-cerita Ulama' yang mengatakan orang-orang umur empatpuluhan sudah amat serious dalam beribadah. Sudah mula melipat tempat tidurnya, iaitu mengurangi tidur nya. Diumur ini disebut juga tentang menjaga dengan sebaik-baiknya kedua ibu-bapanya kerana jika ia 40 tahun pasti ibu-bapanya sudah melepasi 60, umur yang memerlukan banyak pertolongan fisikal. Jika sampai umur 40 tahun dan tidak ambil tahu langsung tentang asal kejadianya, dan kewajibannya dan tidak mahu bertaubat, maka Syaitan akan mengusap dahinya dan gembira dia kerana orang ini tidak ada gunanya di dunia dan di akhirat.
Berkaitan umur 60 tahun pula hadis dari Abu Hurairah melaporkan Nabi saw sebagai berkata :'kebanyakan umur umat ku adalah 60-70 tahun. Sedikit benar yang melebihi itu. Orang yang dikira dipanjangkan umur nya ialah mereka yang menjejak 60 tahun dan lebih. Maka umur 60 tahun ini juga perlu fokus yang serious. Umur ini adalah umur batas akhir untuk berbuat baik, seperti kita mengatakan "enough is enough". Tiada lagi tolak ansur yang dibenarkan dalam perbicaraan di akhirat nanti. Umur 60 adalah umur ibarat di medan perang, iaitu jaya atau gagal. Apa jua alasan Allah tidak akan terima. Mengapa demikian. Lihat surah Al Fathir 35 ayat 11 yang bermaksud:
"Dan Allah menciptakan kamu dari tanah kemudian dari air mani, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan. Dan tidak ada seorang perempuan mengandungdan tidak (pula) melahirkan melainkan dengan pengetahuanNya. Dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur sesaorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) di dalam Kitab. Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah."Siapakah orang yang umurnya dipanjangkan? Ulama' mentafsirkan iaitu umur 60 tahun seperti yang di sebut oleh Ibnu Kathir dan Imam Sayyuti diantaranya. Apabila sampai umur 60, tiada lagi peluang. Jika tidak taubat, maka Nerakalah tempatnya.Tidak guna lagi meminta tolong. Dalam surah yang sama Al Fathir35 ayat 37 Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan mereka berteriak di dalam neraka itu: 'Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami nescaya kami akan mengerjakan amal yang soleh yang berlainan dengan yang telah kami kerjakan.' Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolong pun."
Tanda peringatan yang dimaksudkan di sini ialah seperti rupa nampak tua dengan uban dan bermacam-macam penyakit yang mendatang. Kekuatan fisikal menurun, ibarat setengah orang kata; 'mata kabur, gigi gugur, lutut kendur' dan sebagainya. Umur 60 tahun sudah dekat dengan ajal kematian. Pada umur ini seharusnya kita "mengintai-intai kematian"., iaitu perjumpaan manusia dengan Penciptanya. Umur 60 tahun ini ialah umur dikira mengikut pusingan bulan dan bukan matahari, iaitu umur tahun qamariah. Jika kita umur 58 maka berti kita sudah berumur 60 tahun ikut kiraan qamariah, tahun kiraan Islam.
lihat pada Uban.....
umur "mengintai-intai kematian"
umur "mengintai-intai kematian"
Dalam hadis tanda nya mengenai ketuaan dan hampirnya ajal ialah UBAN dikepala. Kata ustaz ada hadis dimana Nabi saw melarang kita mencabut uban kerana itu adalah "cahaya Iman" bagi mereka yang beramal soleh. Ia saksi pengabdian kita.
Sebagai kesimpulan ustazz menyarankan supaya kita jangan mengabaikan umur. Masa adal Ibadah. Tetapi jangan kita beribadah tanpa ilmu. Tetapi ilmu bukan segala-galanya. Ilmu mesti diamalkan.
SEBAIK-BAIK MANUSIA IALAH ORANG YANG PANJANG UMURNYA
DAN BAIK AMALANNYA.
WaAllahu'alam.
DAN BAIK AMALANNYA.
2 comments:
salam sobah.amat cantik penulisan tentang umur. your blog has alot of attraction and updating cara melihat blog lama.tlg ajarkan? syabas. teruskan menulis.nolikata u write very well.
Dear Noraini, Thank you for the kind words. I asked my daugher to teach me but instead she did the "link within" for me. All in the system. need time and patience to do.(maklumlah dah 60, hee hee). Nanti jumpa kita try.
Post a Comment