"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, June 17, 2010

SEDIKIT MENGENALI HAMKA



Lebih seminggu saya tiada di rumah. Maka tidak dapat saya bercerita-cerita. Hari ini saya sambung cerita saya semasa di Bukit tinggi.
....................................................................................................

Setelah empat hari bermusafir di Padang dan di Bukit tinggi maka sampailah masanya untuk pulang ke Kuala Lumpur. Saya bertanya pada diri saya, apakah yang saya perolehi dalam lawatan ini. Selain keseronokan menghayati keindahan alam dan bunga-bunga yang menceriakan serta membeli hasil seni sulaman, seharusnya ada nilai tambah dalam perjalanan hidup ini. Saya bertanyakan pada suami saya pendapatnya mengenai lawatan ini. Jawapanya amat positif.  Ingat kembali detik perbincangan semasa lawatan ke sebuah masjid di Mamanjau dan semasa lawatan ke rumah tempat lahirnya ulamak tersohor, HAMKA. Bukankah kita jadi bersemangat untuk mencontohi gerak dakwah di daerah itu. Jawapan suami saya  memberi keyakinan mengenai apa yang saya fikirkan tentang kesan lawatan, terutamanya setelah mendengar taklimat kisah perjuangan HAMKA.

Gambar di atas ini ialah anak saudara Hamka disebelah ibunya. Ia antara yang diberi amanah mengurus museum yang kami lawati. Beberapa gambar-gambar dan contoh beberapa buku yang dikarang oleh Hamka ada tersimpan di rumah itu. Beg peti yang berat seperti peti besi kepunyaan Allahyarham Hamka yang di bawa ke Mekah pertama kalinya juga tersimpan di situ.

Alkisah ceritanya yang menarik hati saya ialah perihal beliau yang semasa peringkat umur remaja merupakan anak muda yang "nakal" dan ramai anak-anak muda yang mengikuti gerak lincahnya. Ibu bapanya bercerai ketika umur sekitar awal belasan tahun, maka mungkin sebab itu agaknya beliau "nakal". Tetapi terbukti kenakalan beliau adalah semata-mata untuk mencari teman seiring jalan yang akhirnya diantara mereka itulah yang bergabong tenaga untuk berdakwah dalam usia kedewasaan mereka.

Setelah puas "nakal" beliau melanjutkan pengajian ke Mekah dengan perbelanjaan dibiayai oleh bapanya dan beberapa orang lain yang sayang padanya. Setelah beberapa tahun di sana beliau kembali ketanah air. Cerita kegiatan beliau cuba menukar minda masyarakat dan negara panjang sekali tetapi saya tidak dapat mencatatnya semua. Cuma fakta yang ingin saya kongsikan ialah beliau seorang yang warak. Apa yang dikata cuba dikota sedaya upayanya. Beliau berani menegur apa jua yang tidak kena dari segi penghayatan Islam tidak mengira kepada sesiapa. Sebab itulah beliau pernah dipenjara oleh pemerintah kerana beliau dikhuatiri mempengaruhi masyarakat kearah menumbangkan pemerintahan yang ada. Tetapi beliau seorang PEJUANG ISALM yang gigih dan semasa dalam penjara beliau menghabiskan penulisan tafsir alQuran yang terkenal sekian lama, iaitu Tafsir AlAzhar. Saya agak terharu mendengar cerita kal perjuangan beliau yang bukan sahaja di Indonesia tetapi di seluruh Nusantara. Saya berpendapat hingga sekarang ini belum ada ulamak yang seberani beliau untuk menyeru pada berbuat yang baik dan mencegah pada yang mungkar.
Untuk benar-benar mengenali Hamka dan memahami nya, kita sebenarnya perlu membaca buku-bukunya. maka setakat ini shaja yang dapat saya kongsikan buat ketika ini. Semoga Allah mencucuri Rahmat keatas Ruhnya dan menempatkan beliau bersama para Siddiqin, Syuhadak dan Soliohain.
Amin.

Catatan: gambar-gambar kenangan semasa di tempat besejarah kelahiran Hamka.
Bag peti yang dibawa ke Mekah pertama kali.
Potrait Allahyarham bapanya.
Potrait Allahyarham ibynya
Pemandangan dari jauh rumah / museum Hamka
Gambar kenagan untuk cucu Ujai.

1 comment:

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Izinkanlah kami untuk memperkenalkan diri pada Tuan/Puan

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Kami memberikan pengkhidmatan dengan sepenuh hati di daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia seperti : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

Motto kami adalah : Kesenangan dan kegembiraan tamu adalah kebahagiaan kami.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

Related Posts with Thumbnails