hiburan...hiburan...hiburan..
memerangkap keutuhan minda
membanteras batas kesucian
fikirkanhindar sesalan
di hari perhitungan
nanti ketakutan
tiada pertolonganMalam tadi saya pulang dari Majlis meraikan bakal-bakal Haji agak lewat. Tetapi saya luangkan masa juga untuk membaca jika ada apa-apa berita menarik di internet. Maka terbacalah saya satu rencana sebuah Blog yang mengutarakan mengenai Agenda Kerajaan Malaysia untuk membangun projek "Transformasi Ekonomi Negara". Derdegup-degup jantung saya dengan rasa agak kecewa bila dikatakan Malaysia sedang menuju kearah menjadi "Entertainment Hub" yang terkenal di rantau ini. Bacalah di mana-mana sumber yang peka mengenai akhlak manusia. Saya berdoa berita ini tidak betul kerana fenomena ini akan menghancurkan Malaysia dari segi akhlak dan moral rakyatnya. Mungkin kita nanti jadi kaya kerana projek ini akan membawa masuk pelancung dengan lebih ramai lagi. Tetapi ke mana hala tuju Malaysia. Adakah kekayaan menjamin kesejahteraan moral. Jika Malaysia dibina atas moral yang rapuh, maka saya pasti kemajuan seperti ini hanya bererti kehancuran, tidak kira agama apa pegangan kita, kerana seruan Allah adalah untuk semua manusia, tidak kira bangsa dan warna kulit.
Jika betul berita ini, maka saya rasa amat kecewa, kesal dan hampa dengan kepimpinan yang ada. Hanya peringatan dari Allah sahaja yang saya turunkan di bawah ini, semoga kita semua menginsafi diri dan mendapat taufik dan Hidayah dariNYA.
(SEMOGA TIDAK SAMPAI ALLAH MENJADI MURKA).
Maksud alQuran, ayat 1-52, Surah Al-Haaqqah.
(Kata Ustaz, perkataan KAFIR terbahagi 2 : a) Mereka yang benar-benar engkar, [tidak beriman dan menyembah selain Allah]. b) mereka yang mengaku beriman tetapi sentiasa berbuat yang mungkar, [tidak mengkota apa yang dikata.]
Saya turunkan surah ini untuk memudahkan kita beringat. Pada yang belum Islam, cubalah baca alQuran untuk kebaikan hidup sekarang dan selepas mati. Percayalah, tidak ada jalan yang lain.
Dengan nama Allah yang maha Pemurah dan maha Penyayang.
1. Hari Qiamat,
2. Apakah Hari Qiamat itu?
3. Dan tahukah kamu apa Hari Qiamat iytu?
4. Kaum Thamud dan 'Ad telah mendustakan Hari Qiamat yang menggemparkan dan mengharu-birukan.
5. Maka adapun kaum Thamud, mereka telah dibinasakan dengan angin taufan dengan suara yang sangat kuat.(petir yang sangat kuat yang dapat menghancurkan.)
6. Sedangakan kaum'Ad, mereka telah dibinasakan dengan angin taufan yang sangat dingin.
7. Allah menimpakan angin itu kepada mereka selama tujuh malam lapan hari terus-menerus; maka kamu melihat kaum 'Ad pada waktu itu bergelimpangan seperti batang-batang pohon kurma yang telah kosong (lapuk).
8. Maka adakah kamu melihat seorang pun yang masih tinggal diantara mereka? (mereka hancur sama sekali dan tidak punya keturunan.)
9. Kemudian datang Firaun dan orang-orang yang sebelumnya dan (penduduk) negeri-negeri yang ditonggang-balikkan kerana kesalahan yang besar.
10. Maka mereka medurhakai utusan Tuhannya, Allah menyiksa mereka dengan siksaan yang sangat keras.
11. Sesungguhnya ketika air naik (sampai ke gunung), Kami membawa ( nenek-moyang ) kamu ke dalam kapal. ( ia itu keluarga Nabi Nuh dan orang-orang yang beriman melainkan anaknya yang durhaka).
12. Agar kami jadikan (peristiwa itu) sebagai peringatan bagi kamu dan agar diperhatikan oleh telinga yang kamu mendengar.
13. Maka apabila sangkakala ditup sekali tiup, (tiupan pertama menjadikan seluruh alam hancur).
14. Dan diangkatlah Bumi dan Gunung-gunung (dari tempatnya) lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur,
15. Maka pada saat itu berlakulah Hari Qiamat,
16. Dan terbelahlah langit, lalu menjadi ia pada saat itu reput (dan runtuh),
17. Sedang Malaikat-malaikat (ditempatkan ) mengawal segala penjurunya, dan 'Arsy Tuhan mu pada saat itu dipikul oleh lapan Malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu.
18. Pada hari itu kamu semua dihadapkan (untuk dihisab) tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi.
19. Maka sesiapa yang diberikan menerima kitab amalnya dengan tangan kanan, maka ia akan berkata (dengan gembiranya) "Nah, bacalah kamu akan kitab amal ku ini!
20. "Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)"
21. Maka dengan itu beradalah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan.
22. Di dalam Syurga yang tinggi (darjatnya).
23. Buah-buahannya dekat untuk dipetik.
24. (mereka dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan) " makan dan minumlah kamu akan makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia).
25.Ada pun orang yang diberikan menerima kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka ia akan berkata(dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau akau tidak diberikan kitab amalku.
26. Dan aku tidak dapat menegetahui akan hitungan amalku
27. Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahannya, dan tidak dibangkitkan lagi),
28. Harta kekayaan ku tidak dapat menolongku sedikit pun!
29. Kuat kuasa ku(dan hujah ku untuk membela diri), telah binasa dan hilang lenyap dari aku!
30. (Lalu diperintahkan Malaikat penjaga Neraka): "Tangkaplah orang yang berdosa itu serta belenggulah dia,
31. Kemudian bakarlah dia di dalam Neraka Jahim, ,
32. Selain dari itu masukanlah dia dalam (lingkaran) rantai besi yang ukuran panjangnya 70 hasta, (dengan membelitkannya kebadannya).
33. Sesungguhnya ia dulu tidak beriman kepada Allah yang maha Besar,
34. Dan ia juga tidak menggalakan (dirinya dan orang lain) memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang-orang miskin,
35. Maka pada hari ini tidak ada baginya di sini (seorang pun dari) kaum kerabat serta sahabat handai (yang dapat menolongnya.)
36. Dan tidak ada makanan melainkan dari air danur (air dan darah busuk)
37. Yang tidak memakannya melainkan orang-orang yang melakukan perkara yang salah.
38. Maka aku bersumpah: Demi segala (yang nyata) yang kamu melihatnya
39. Dan segala (yang ghaib) yang kamu tidak melihatnya,
40. Bahawa sesungguhnya Al Quran itu ialah(wahyu dari Kami) yang disampaikan oleh Rasul yang mulia,
41. Dan bukanlah Al Quran itu perkataan seorang penyair (sebagaimana yang kamu dakwakan, tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu beriman!
42. Dan juga bukanlah Al Quran itu perkataan seorang pawang(sebagaimana yang kamu katakan tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan!
43. Al Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekelian Alam.
44. Dan kalau sekiranya (Nabi Muhamad saw yang menyampaikan Al Quran itu) memperkatakan atas nama Kami secara dusta - sebarang kata-kata rekaan,
45. Sudah tentu Kami akan menyentapnya dengan kekuasaan Kami,
47. Maka tidak ada seorang pun diantara kamu yang dapat menghalang (tindakan Kami itu) daripada menimpanya.
48. Dan sesungguhnya (al Quran) itu tetap menjadi peringatan bagi orang-orang yang bertaqwa.
49. Dan sesungguhnya Kami bersedia mengetahui bahawa ada diantara kamu yang mendustakan (Al Quran, maka Kami akan membalasnya.)
50. Dan sesungguhnya Al Quran itu sudah tentu akan menyebabkan penyesalan bagi orang-orang yang kafir (semasa mereka menerima balasan) kerana mereka mendustakannya.
51. Dan sesungguhnya Al Quran itu adalah kebenaran yang diyakini.
52. Oleh itu, bertasbihalah dengan memuji nama Tuhan mu yang maha besar.
Sekian,
Untuk peringatan diri dan kita semua
Semoga Allah mengampuni.

46. Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya ia mati dengan serta merta);
47. Maka tidak ada seorang pun diantara kamu yang dapat menghalang (tindakan Kami itu) daripada menimpanya.
48. Dan sesungguhnya (al Quran) itu tetap menjadi peringatan bagi orang-orang yang bertaqwa.
49. Dan sesungguhnya Kami bersedia mengetahui bahawa ada diantara kamu yang mendustakan (Al Quran, maka Kami akan membalasnya.)
50. Dan sesungguhnya Al Quran itu sudah tentu akan menyebabkan penyesalan bagi orang-orang yang kafir (semasa mereka menerima balasan) kerana mereka mendustakannya.
51. Dan sesungguhnya Al Quran itu adalah kebenaran yang diyakini.
52. Oleh itu, bertasbihalah dengan memuji nama Tuhan mu yang maha besar.
Sekian,
Untuk peringatan diri dan kita semua
Semoga Allah mengampuni.
No comments:
Post a Comment