"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, April 8, 2013

Hati mana......





Saya ke Kota Tinggi, Johor di musim cuti sekolah  minggu lepas untuk ziarah kakak saya yang sakit terlantar sejak beberapa lama. Saya rasa sebak teringatkan diri sendiri kerana beza umur kakak saya dengan saya hanyalah 14 tahun.

Saya pasti ia merasai berbagai rasa di hati cuma ia sudah tidak berkemampuan untuk menyatakannya atas banyak sebab yang saya rasa agak susah  memahami kesemuanya. Maka hanya doa yang saya panjatkan semoga kakak saya dalam perlindungan Allah sentiasa. Semoga anak-anak juga sentiasa menziarahinya kerana menjaga ibu bapa adalah jalan pintas ke Syurga dan amat rugi siapa jua yang tidak menghayatinya.


Ini abang ipar saya yang tekun menjaga isterinya dibantu oleh pembantu dari negara jiran. Ia sudah berumur 83 tahun. Suami saya disebelahnya  dan mereka saling bercerita-cerita tentang hidup dan kehidupan. Betul kata alQuran dan memang pastinya betul. Anak-anak adalah hiasan sahaja. Kebergantungan kita hanya pada Allah jua.

Ya Allah, kasihanilah kami, ampunilah dosa-dosa kami dan semoga hidup kami dan mati kami adalah dalam redhaMu jua. Kurniakanlah kami Syurga Firdaus tanpa hisab bersama semua yang kami sayang.

Ameen, Ya Rabb....

....

No comments:

Related Posts with Thumbnails