"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, June 3, 2013

Menumpang kasih...




Semalam  saya bertandang ke rumah baru anak saudara di Desa Pinggiran Putra. Teruja rasa melihat rumah kecil tetapi besar. Bagaimana ya?....

Ia rumah terrace yang kecil sahaja tetapi menjadi besar bukan kerana semata-mata ia diubahsuai tetapi  anak saudara saya ini berjiwa luar biasa pada pandangan saya. Alhamdulilah, ia suka mera'i sahabat handai dan saudara mara. Maka rumah kecilnya menjadi besar, menjadi luas dan suasana nyaman sekali.  Saya merasakan keriangan di hati dan turut bersyukur seadanya. 

Tiada perabut dan hiasan yang mewah atau hidangan bertaraf  restoran lima bintang, tetapi layanan darinya dan dari isterinya dan dari anak-anaknya membuat siapa sahaja rasa istimewa dan amat selesa. Rasa seperti tidak mahu pulang.

Hidangannya nasi berlaukan gulai ikan asam pedas dan laksa Johor yang di masak sendiri oleh ibunya yang kini 75 tahun usianya. Kakak saya ini adalah Ibu yang sentisa mahu mera'i anak-anaknya dan sering saya lihat walau pun sudah punya isteri, anak-anak masih minta air milo atau kopi yang dibuat sendiri oleh ibunya. Katanya tak sama. Mak punya lagi best. Isteri tidaklah  boleh berkecil hati kerana dia juga ibu dan jika dapat memberi kasih sayang serupa, insyaAllah anaknya juga nanti akan terpaut hati padanya tidak mengira umur dan keadaan. 

Itulah air tangan ibu, itulah kasih sayang ibu.......
Kasihnya membawa ke syurga.

Foto di atas, anak saudara saya yang seorang lagi. Beraksi memberi "bunga" pada kakak saya yang seorang lagi yang berumur 78 tahun.  Ia suka melawak. Jarang sekali anak-anak buah boleh melawak dengan emak-saudaranya. Kakak saya seronok kerana anak-anak ini dari kecil hingga dewasa menganggap dia seperti ibunya. Kakak saya ini tidak punya anak kandung dan perilaku seperti itu mendatangkan keriangan di hatinya. Ia amat merasai kehadirannya bukan seperti melukut di tepi gantang. Di rumah baru ini disediakan bilik kalau mahu bertandang lama. Kakak saya bercerita pada saya dengan rasa sebak kerana dira'i oleh anak-anak saudaranya seperti ibu sendiri. 

Ia dapat menumpang kasih.....
Ia tidak merasakan dirinya keseorangan, terutamanya sekarang bila sang suami sudah pergi dahulu.



Ini sebahagian cucu-cucu tersayang yang saya rakam buat kenangan. Besar kemungkinan saya tidak akan melihat mereka dewasa. Hanya dapat mendoakan semoga mereka menjadi anak-anak yang soleh yang menghargai dan mera'ikan kaum tua.  Semoga pautan kasih terikat erat dan kaum tua walaupun tiada kaitan saudara dapat menumpang kasih dan rasa terhibur dikala kesunyian.

Dalam dunia cyber kini saya amat khuatir erti sentuhan kasih sayang dalam keluarga makin hari makin merenggang. Cara berhubung sudah berbeza dan cara anak-anak mengisi masa lapang pun sudah berbeza. Jarang sekali kita dapat berhubung menatap muka, melihat keluhuran hati di sinaran mata kerana  anak-anak sekarang mahu bersegera menatap i-fonnya, smart-fonnya dan entah apa lagi yang saya sendiri sudah ketinggalan masa. Siapa yang tidak tahu atau minat pada teknologi facebook maka akan rasa keseorangan. Teman-teman menjadi berkurangan melainkan seseorang itu mengisi masa bersama mereka yang suka ke majlis ilmu di tempat mereka tinggal.

Itulah pusingan hidup dunia hari ini.....
Esuk entah bagaimana ? ?

Subhanallah...Mohon keampunan Mu, Ya Rabb...

 ...

3 comments:

Werdah said...

Assalamu'alaikum kak

Sejuk mata dan hati bila anak-anak menghargai orang-orang tua.

Saya sihat kak, cuma pinggang tu kurang membenarkan saya duduk lama. Masih berusaha sedaya upaya mengurangkan sakit.

Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik buat kak dan juga kakak-kakak yang hebat-hebat itu. MasyaAllah.

Al-Manar said...

Melihat gambar dan membaca tulisan disini teringat diri sendiri, juga dalam 70'an, mempunyai 10 cucu. Memang terasa agaknya munkin tidak dapat melihat hari diwasa mereka. Ini membawa rasa kesyukuran kerana sampai setakat ini pun sudah satu pemberian NYA. Berapa agaknya umur cucu yang tertua.

ngasobahseliman said...

Assalam dear Werda dan Pak AlManar. Entah macam mana saya baru terbaca komen -komen ini. Sudah dua tahun berlalu. Saya merindui kedua nya. Werda semoga sihat dan semoga tampil lagi di dunia blog. Pak Al Manar sedang gering kata anaknya dalam blognya. Semoga Allah kurnia kesihat pada semua. Sama-sama kita doa Allah memudahan semua urusan kita. Maaf zahur batin hingga bersua lagi.

Related Posts with Thumbnails