"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, December 10, 2013

Bersama teteman di Taman Tun..........





Hari itu hari Sabtu yang saya tunggu-tunggu...

Awal pagi lagi saya sudah bersedia untuk ke rumah seorang teman di Taman Tun Dr Ismail untuk makan-makan tengah hari sebagai mengakhiri program teteman tahun 2013. Suami saya hairan mengapa jam 11 pagi sudah minta dihantar ke rumah teman yang lain untuk menumpang keretanya. Entah mengapa seperti tidak sabar mahu berjumpa teman-teman. 

Pada tahun 2013 saya hanya berkesempatan hadir 3 kali dari 12 kali program yang diaturkan. Mungkin sebab rindu maka tidak sabar hendak jumpa. (Kami semua keturunan Hawa). Teman-teman ini sentiasa sibuk dengan tugas dan program kerja masing-masing. Seorang teman saya itu adalah pegawai khas YAB PM dan isteri.  Seorang lagi ahli korporat dan aktif politik dan telah menjadi ahli majlis tertinggi UMNO selama 3 penggal. Walaupun begitu kami tidak pernah bercerita politik.

Itu kawasan larangan.

Kami cerita keluarga sedikit-sedikit. Banyaknya kami cerita siapa yang sakit dan siapa yang sihat, rawatan perubatan alternatif, makanan kesihatan dan cerita melancung sana sini, atau cerita episod Umrah pada tahun itu.  Agak hairan kan? Tidak mahu cerita politik dan lain-lain yang berkaitan dengannya wal hal pintu ke gerbang itu amat dekat sekali. Malah seorang teman saya adalah penasihat Kementerian kewangan mengenai dasar percukaian negara. Itu pun kami tidak pernah bertanya atau bercerita. Dua tiga orang lagi masih CEO berbagai syarikat. Ada yang hanya mengurus hartanah kepunyaan sendiri. "Pesara" biasa sepenuh masa macam saya tidak ramai.

Tetapi saya tidak ambil pusing hal itu kerana tujuan saya hanya mahu mengeratkan silaturrahim dan jika ada peluang saya suka berkongsi maklumat berkenaan ustaz mana yang eluk kita hadiri ceramah-ceramahnya. Pintu peluang itu agak sempit. Saya banyak diam dan mendengari sahaja perbualan. Saya rasa itu terbaik kerana saya tahu bahawa masing-masing ada citarasa masing-masing....ada pendirian masing-masing.  Maka saya beralih fokus berfikiran sendirian.

Di dalam kumpulan kami itu ada 4 atau 5 orang pesakit kanser. Seorang teman adalah kanser survivor dan dia aktif dengan kerja-kerja membantu pesakit yang lain. Yang ramainya adalah pesakit 3 serangkai. Tetapi apabila berhadapan dengan makanan,  seolah-olah tidak ada penyakit itu, termasuk 'yours truly'. Harap-harap ia menjadi penawar.......

Walau apa pun,  saya bersyukur kerana teman-teman ini banyak menyumbang pada masyarakat yang memerlukan dalam bentuk wang ringgit. Mereka murah hati setimpal dengan kedudukan kewanagn masing-masing. Ada secretary tidak rasmi untuk mengurus dana derma ikhlas itu. Saya tabek atas keperhatinan mereka......... Sekolah Tadika dan Taska SmarTop saya di Tangkak adalah antara yang mendapat munafaat. Alhamdulilah....

Sessi makan-makan berterusan hingga jam 3 petang. Ada beberapa yang solat awal dan yang lainnya pulang solat di rumah. Saya dan 3 orang teman solat lewat dan "bercerita-cerita"  hingga solat Asar.

Kami bercerita sedikit sebanyak mengenai anak-anak. Di umur yang telah larut senja kami cuba muhasabah diri dan melihat sejauh mana anak-anak kita boleh mewarisi legacy keluarga. Dalam gelak ketawa yang sinis atas diri sendiri kami berkongsi pendapat sejauh mana kita telah menstruktur semula falsafah dan hala tuju perjalanan keluarga dalam menempuh laluan kehidupan yang makin hari makin mencabar.  Anak-anak zaman Cyber tidak sama dengan anak-anak yang lahir sebelum Merdeka.

Jika kami nampak ada kesilapan pada anak-anak, kami menyedari hakikat bahawa kesilapan itu mungkin juga disebabkan kelemahan dan kesilapan kami sendiri dalam merentasi kehidupan. "No apologies" bagi  kelemahan dan kesilapan diri. Maka kami bertekad untuk lebih bersungguh-sungguh memperbetulkan diri, dan dengan itu semoga mudah untuk memperbetulkan anak-anak. 

Tidak mungkin kita dapat mewariskan sesuatu yang kita sendiri tidak mempunyainya. Ia itu kita berusaha memberi nasihat dan contoh tauladan yang baik. Namun hanya izin dan kehendak Allah sahaja yang menentukan segalanya. 

Semoga dapat istiqamah.
Mohon keampunan Mu ya Rabb...

...... 

2 comments:

Al-Manar said...

Akhirnya internet saya sudah puleh. What a relief indeed. This is the first blog I visit, in return for your comment when my Wi-Ei (not me) was suffering for survival.

My colleagues belong an older generation to. So there is no one who holds impoertantt positions, corporatwise or politically. So we talk 'omong kosong'. Hentamlah mana2 orang politik tak kira parti.

I would like to hear in more detail about your tadika; how it started and hopw arte they being managed etc. How many volunteers you have etc.. (use email if you think that is more appropriate)

ngasobahseliman said...

Salam Pak alManar. I will write you soon, insyaAllah. Good to read your messages.

Related Posts with Thumbnails