"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Thursday, December 5, 2013
Cuma hujan yang turun...
"La ni cuma hujan yang turun," kata anak saya petang semalam semasa makan malam bersama.
"Ha....kenapa pulak?" Saya tidak menangkap maksudnya.
"Iya la Mak....yang lain semua niak. Sekarang lektik pulak nak naik. Barang penting lain entah nanti naik juga." anak saya menjawab dengan muka merungut.
"La.....jangan buruk sangka," saya mengusik. "Kan kerajaan BN dipilih rakyat....tak kan BN nak naya rakyat pulak." saya sambung usikan. "Jangan susah hati pulak dengan hujan. Hujan itu juga rahmat Allah."
"Betul mak....kawan-kawan yang baru nak bernafas cari rezki bengang semua. Adik (Amirul namanya) pun samalah. Tak tahu macam mana nak buat...."
"Tak pe....jangan putus asa. Yang sedang usaha, teruskan usaha. Nanti adalah sesuatu yang berlaku yang buat kerajaan BN menyesal tak habis".
Saya rasa agak marah juga sebenarnya dengan apa yang berlaku sekarang. Cuma tidak mahu merumitkan lagi fikiran anak saya yang baru hendak memulakan pembukaan Restoran makanan Thai. Kemana agaknya pergi kekayaan negara yang menyebabkan kerajaan perlu menaikan harga barangan. Jangan cari helah mengatakan bukan naik harga barangan tetapi kerana pemotongan subsidi. Sama juga kesannya. Kenapa suka mempermainkan rakyat.
Saya berasal dari kampung, masih rapat dengan saudara mara di kampung. Maka saya tahu kesusahan orang kampung. Anak-anak buah ada di FELDA di Johor. Maka mengertilah saya kesannya naik harga barangan. Sekarang ditambah pula dengan perlaksanaan Cukai GST. Orang kampung mana faham. Saya pun bukan faham sepenuhnya walaupun saya faham kesannya.
Alangkah rumit nampaknya hidup masa hadapan.....
Bolehkah kita kata ini takdir ?
Allah bagi pilihan atas setiap kita walaupun sesuatu itu tidak akan terjadi tanpa izin dan kehendakNya.
Harus faham apa itu takdir........
Mohon pertolongan Mu ya Rabb...
Engkau yang maha berkuasa atas segala tiap-tiap sesuatu.
.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment