"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, December 22, 2013

Saat-saat bernilai....



Setiap saat bernilai. Cuma bagaimana mengoptimakan kegunaan saat-saat itu  yang cuma tinggal sedikit ini. 

Maka kelmarin saya cepat berkejaran ke Desa Pinggiran Putra (putrajaya) mahu ziarah 2 orang kakak saya di rumah anak buah yang baru berpindah.

Kakak saya yang di kanan itu kurang sihat. Berumur 77 tahun ia tinggal berseorangan di Pontian. Kakak saya yang di kiri itu berumur 74 tahun tinggal berhampiran  dan kelmarin ia membawa kakak terua yang masih ada itu ke KL bertukar angin.

Rasa seronok bercampur sayu. Semasa emak masih ada kami selalu berkumpul di keliling emak, menghibur hatinya.  Di umur yang amat lanjut, emak rasa tenang bila dikelilingi anak cucu. Walaupun uzur ia rasa seperti sihat. Kini kami jarang-jarang jumpa kerana kakak saya kurang kederat  dan saya terikat dengan beberapa tanggongjawab di Petaling Jaya ini. Kami bermengah-mengah mengejar masa dan kelmarin dapat makan tengah hari bersama kakak dan keluarga kakak. Dicelah-celah itu saya ambil kesempatan memberi ingatan pada generasi muda bahawa kaum dewasa tua punya karenah sendiri.  Anak-anak muda kini kekadang lupa orang tua rata-rata cepat lapar dan harus makan awal. Kelmarin kami berkata hati ke hati supaya orang muda melatih anak-anak  remaja mendahulukan keperluan orang tua. Tiada siapa yang rugi dalam budaya ini kerana semua yang muda insyaAllah akan tua jua nanti jika Allah izin.

Selepas makan dan berehat sebentar  saya ke Putrajaya Precint 15 menghantar Huzaifah setelah lebih seminggu bersama saya kerana ibunya tidak sihat dan Huzaifah sendiri pun kurang sihat. Inilah pentingnya ada pautan kasih dalam keluarga besar... mudah bantu membantu dan kemesraan lebih dirasai.

Di sana bertemu pula dengan besan dari seremban. Seronok menjalin silaturrahim dengan peluang yang singkat ini. Di umur senja sememangnya kami harus memburu waktu. Walau sebentar, ia amat berharga. Saya rakam saat-saat bernilai di bawah ini.

Dalam pada itu saya juga mengambil peluang keemasaan melihat perkembangan kematangan Akif. Kesungguhannya untuk berbuat sesuatu yang mencabar kepintarannya amat mengkagumkan saya. Akif anak Otisma dan saya cuba membantu sebaik mungkin. Ia boleh memasang Lego untuk anak-anak berumur 6-12 tahun dengan agak cepat. Ia boleh 'membaca' arahan bergambar dengan agak baik.  Akif berumur 6 tahun. Lihat di bawah ini ia sedang memfokus perhatian pada kerjanya.


Da... Daaaa ! Sudah siap. Ia tunjuk pada saya. Ia nampak teruja bila diberi pujian dengan kata-kata semangat. Alhamdulilah.

Semoga Akif dapat berlepas diri dari kekangan Otisma

dari hari kehari melalui latihan terepi. Tiada yang mustahil dengan usaha dan doa apabila Allah menghendaki.
 Allah maha Mendengari, maha Melihat 
dan maha Kasih Sayang. 

Maka nikmat Tuhan yang mana yang hendak 

kamu dustakan.
Mohon keampunan Mu Ya Rabb...

...

2 comments:

Al-Manar said...

Kalau masih ada adik beradik alhamdulilah. Dari 6 orang saya cuma ada seorang kakak dan seorang adik prempuan. Tiga sudah meniggal. Siapa yang keempat akan pergi? Dia yang tahu. Alhamdulillah masih ada lagi untuk membuat sedikit ibadat kepada NYA ebelum dipanggil.

ngasobahseliman said...

Saya masih ada 2 kakak dan satu abang dari 8 adik beradik. Saya bongsu. Alhamdulilah masih ada tempat bercerita-cerita. Suami saya tertua dan ipar duai masih muda relatifnya.Semoga umur yang masih ada bermunafaat. Sama-sama kita doa. Salam.

Related Posts with Thumbnails