"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, December 20, 2013

Mudah saje ?....




..............go with the flo !
Kalau ingin mudah, ikut saje apa yang lumrah diterima masyarakat.

Lihat burung-burung ini / atau burung angsa....relax. Ikut arus. Cari makanan pun mudah. Hidup santai sentiasa. Tidak perlu guna banyak  tenaga dan fikiran melawan arus!


Namun angsa tidak dipertanggongjawabkan dengan apa jua diakhirat nanti.


Tetapi hidup kita seharian bagaimana pula?

Ada sahaja masaalah yang perlu diselesai hingga ada kalanya konsep bersyukur telepas dari ingatan diri. Perilaku kita sudah seperti melupakan hakikat bahawa dalam semua liku-liku yang kita lalui ada elemen ujian, ada eleman qadha dan qadar.

Namun kita harus juga ingat bahawa kita diberi pilihan untuk memilih dalam konteks 'the smaller will within the Bigger Will'. Jangan mudah-mudah berkata :'semua dalam hidup ini Allah telah tentukan.'


Yang  kafir dan engkar adalah pilihan. Tiada paksaan dalam Islam. Maka jodoh, rezki dan maut juga Allah bagi pilihan. Namun diakhirnya Allah yang maha Penentu. Kita wajib berfikir dan wajib usaha dan wajib berdoa. Akhir sekali baru pasrah dan tawakal.


Ini pesanan pada diri dan saya pesankan pada anak cucu di musim cuti ini. Kelmarin seorang teman masjid memberi tahu saya dan teman-teman lain semasa bersarapan bersama bahawa di Malaysia ini 'budaya gay dan lesbian' sudah makin menjadi-jadi. Suatu malam ia menerima jemputan ke satu majlis makan-makan dan amat terkejut mendapati dikalangan yang hadir lebih kurang 40 orang adalah kumpulan gay keturunan Melayu.

Saya terkejut dan ingin bertanya lagi. Tetapi setakat itu sahaja ia bercerita....


Maka teman ini mengingatkan bahawa kewajipan  kaum dewasa dan dewasa tua harus mengambil berat cara hidup anak-anak muda kita. Anak-anak kita ini rata-rata adalah bijak, tetapi belum bijaksana dalam fikiran dan tindakan. Harus ada panduan dari ibu-bapa. Jangan menjadi ibu ketam yang menyuruh anaknya berjalan lurus.


Tetapi yang menghairankan saya ialah apakah yang dilakukan oleh pihak yang berkuasa dalam Pentadbiran Negara untuk membendung dan menghapus budaya ini. Apakah yang dibuat oleh ahli-ahli YB yang kita pilih setiap 4 atau 5 tahun itu.

Tingkah laku anak-anak sememangnya tanggung jawab ibu bapa. Tetapi ibu-bapa bukan duduk dalam 'vaccum' Mereka juga dipengaruhi oleh persekitaran. Siapa yang boleh mengawal persekitaran ini ?


Kita tanyalah diri kita dahulu. Janganlah kita hanya menuding jari. Sebagai dewasa dan dewasa tua kita harus peka dan perhatin dan kuatkan jemaah kita. Dalam Islam hidup berjemaah adalah amat dituntut. Jangan kita bersifat individualistik dan hidup nafsi-nafsi. Jangan kata: 'Jaga hal masing-masing......kubur pun asing-asing.'


Ayuh kita bersama. Saya juga perlu diingatkan sentiasa kerana masih banyak kekurangan dan kelemahan. Saya masih perlu panduan dan berkongsi kekuatan sahabat handai dan teman-teman. Pautan kasih keluarga juga amat penting. Itu barisan kubu keselamatan yang utama.

Kita fikir, kita rasa dan kita bertindak......

Mohon Redha Mu Ya Rabb...


........

3 comments:

Aziela said...

Tuan, saya setuju. Sekiranya ingin dipandang segala permasalahan di Malaysia, umat Islam di Malaysia khususnya, sempit dada. Maka, kita mulakan dengan diri sendiri. Kukuhkan iman diri, kepungkan ahli keluarga dengan kasih sayang dan iman yang tegap. Perlahan-lahan, ianya akan merebak. Kalau ada separuh umat Islam di Malaysia mengamalkan ini, Insya Allah...

Maaf, ilmu saya tak sampai sekuku pun lagi...

Aziela said...

Maaf Puan, saya tertulis 'Tuan' di komen pertama tadi.

ngasobahseliman said...

Terima kasih Aziela kerana singgah dan tinggalkan kata-kata yang menarik perhatian Untie. Sama-sama kita kerja kuat untuk membuat perubahan untuk kebaikan semua. Jumpa lagi....

Related Posts with Thumbnails