Bunga di Taman Tadika SmarTop kini mengembang. Sejuk rasa dihati setelah lebih sebulan Teacher Embah tidak berada di Tadika dan Taska kerana meyelesaikan urusan lain pula. Wakil Jabatan Pendidikan Johor telah datang melawat dan ia berpuas hati dengan keadaan Tadika. Cuma ia menasihati supaya taman dijaga dengan lebih rapi supaya dapat menunjukan persekitaran yang lebih kondusif . Kami akur dan kami sedang mencuba mendapatkan tukang kebun sepenuh masa.
Ini wajah-wajah anak Taska sedang minum pagi pada 12 Disember yang lalu.
Riang kelihatan anak-anak itu bila di tegur siapa dan
apabila diberi rangsangan yang mencuit hati.
Hilang rasa penat melihat wajah-wajah ini yang ceria dilayani pengasuh-pengasuh yang sukakan anak-anak. Baru ini saya menyedari ada beberapa kolej swasta yang sememangnya mengeluarkan graduan dalam jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak dan SmarTop telah mengambil mereka di Taska sebagai pengasuh, seorang sepenuh masa dan dua orang secara sambilan sahaja kerana mereka berminat untuk ke peringkat ssrjana muda.
Mengendali Taska dan Tadika tidak semudah apa yang kita biasa perhatikan. Jabatan Kesihatan sentiasa memperhati kebersihan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat menghendaki Taska di pasang dengan CCTV untuk mengawasi anak-anak dijaga dengan baik dan pihak pengurusan dapat melihata siapa yang bertanggongjawab jika ada kes penderaan. Jabatan Kebajikan Masyarakat memperuntukan Geran sebanyak RM20 ribu sekali sahaja (seumur hidup) antaranya Jabatan memestikan pemasangan CCTV. Pihak kami terpaksa bekerja keras supaya keperluan sekolah dapat dipenuhi.
Alangkah baiknya jika pihak Kerajaan dapat memberi geran yang lebih kerana kos penyenggaran makin hari makin tinggi. Bilangan Kelas Pra Sekolah yang dibiayai sepenuhnya oleh Keraajan amat tidak mencukupi bilangannya. Maka sudah sewajarnyalah Kerajaan memberi Geran yang lebih tinggi jumlahnya supaya Tadika swasta seperti SmarTop ini menjadi lebih sempurna dan pengasuhan dan pendidikan anak-anak menjadi lebih memuaskan hati ibu-bapa yang terlibat.
Kami amat berharap dasar kerajaan "Rakyat didahulukan" dapat kami rasai diperingkat Taska dan Tadika kami ini semoga anak anak membesar dalam persekitaran yang sempurna dan dengan layanan guru murobbi yang terlatih, berakhlak mulis dan berketerampilan.
Semoga Allah meredhai usaha kami ini dan semoga Allah menururnkan pertolongan dan Rahmatnya yang tidak terhingga.
Ameen ya Rabb....
......
No comments:
Post a Comment