"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Tuesday, December 17, 2013
Sayang Mandela......sudut pemerhati
...........maka berakhirlah hidup mendiang Nelson Mandela di dunia ini. Ia telah disemadikan (laid to rest) di daerah kelahirannya dengan penuh upacara kehormatan selama beberapa hari. Hingga hari ini kisah perjuangannya masih mengisi program di CNN dan BBC. Hebat pengaruhnya di minda mata dunia. Ratusan ribu mencintainya...mungkin juta siapa tahu.
Ramai yang tidak kisah dengannya tetapi amat ramai yang sangat sayang padanya. Saya menghormati Mandela sebagai seorang Statesman, berjati diri dan mempunyai daya ketahanan yang sukar ditandingi. Ia sanggup mati demi perjuangannya untuk kebebasan dan keadilan dan mendirikan hak asasi manusia.
Berbagai kata-kata pujian dirakamkan oleh hampir kesemua Ketua Negara di seluruh dunia dan kebelakangan ini kita mendengarinya saban hari dalam sosial media antarabangsa.Tidak ada kedengaran suraa-suara yang membencinya. Kalau ada pun pastinya disimpan didalam hati sahaja. Mana mungkin wira warga kulit hitam yang telah berjaya membebaskan kaumnya diperkecil oleh sesiapa kerana nilai kebebasan adalah nilai Universal. Mandela memperjuangkan Kebebasan dan Keadilan bagi kaumnya. Islam juga memegang prinsip kebebasan dan keadilan walaupun takrifnya berbeza dari berbagai aspek.
Hari ini konsep kebebasan dan keadilan tanpa sempadan dipegang kuat oleh sesetengah golongan manusia hingga apa jua yang seseorang itu suka maka ia harus dihormati walaupun jurang perbezaan pendapat itu amat jauh.
Baru sekejap tadi saya membaca Blog "Peduli Ummah" yang mengatakan bahawa ada sekumpulan NGO di Malaysia yang telah menghantar memorandumnya ke Pertubuhan Bangsa2 Bersatu mahukan hak asasi manusia dihormati termasuk berkahwin dengan jantina yang sama.
Tetapi saya tidak berhasrat untuk berbincang mengenai kemelut konsep Kebebasan ini sekarang. Saya hanya ingin meluahkan fikiran dari apa yang saya lihat di media sosial, terutamanya di CNN dan BBC mengenai kesan perjuangan Mandela dalam set minda kepimpinan dunia. Dalam majlis yang terbesar di dunia di mana ramai Ketua-ketua Negara hadir, teman dan lawan, dan juga dihadiri rakyat biasa dari berbagai golongan dan status, perjuangan Mandela, keberaniannya, dan kejujurannya dipuji tinggi menggunung.
Saya terpegun berfikir.
Nelson Mandela patut dihormati atas sumbangannya pada meraikan harga diri manusia. Tetapi mengapa hanya perjuangan Mandela sahaja yang disanjung dan dipuji. Bukankah diwaktu ini pun ramai pejuang-pejuang kebebasan dan keadilan berada di setiap Benua di muka Bumi ini. Kalau mereka tidak sampai keperingakat patut mendapat pujian sekali pun, adakah wajar mereka dipenjarakan dan diseksa berbagai cara. Mandela juga dipenjara dan diseksa hingga 27 tahun. President Amerika dan Perdana Menteri Britain ketika itu tidak simpati dengan perjuangannya hinggalah mereka diasak dengan tuduhan-tuduhan yang bertalu-talu oleh masyarakat dunia di Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu dan lain-lain forum barulah Magret Tacher "mengarahkan" pemerintah Afrika Selatan membebaskan Mandela.
Kita lihat hari ini President Amerika tidak simpati dengan rakyat Palestine yang dizalimi oleh Israel. Ramai yang dipenjara dan diseksa bukan di Israel sahaja tetapi President Amerika memenjara dan menyeksa pejuang-pejuang yang mereka label sebagai terrorist ditempat-tempat rahsia di Bumi ini hanya kerana mereka menuntut kebebasan dan keadilan dan mahu hak-hak asasi manusia dikembalikan.
Agaknya boleh atau tidak kita katakan Pemimpin yang menerajui negara-negara terkuat di dunia ini sebenarnya tidak ada keikhlasan. Hanya bersandiwara di Pentas Dunia....Agenda mereka bukan kebebasan dan keadilan. Agenda mereka adalah menghapuskan Islam.
Itu pendapat saya. Biar berputih tulang......
Kalau salah tolong betulkan.
Tunjukanlah kami dan peliharalah kami di Jalan Yang Benar Ya Rabb.
Kami beriman dengan MU dan janganlan dibolak-balikan hati-hati kami ini.
Mohon pertolongan MU Ya Rabb...
.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Apa YB yang dipilih buat?
The deterioration of social problems in my area over the last few years has been a sad affair to me. I can easuily notice this from the attendance at my tuition center. And that us all for free. The so call YBs are yet to visit me and see what I have been doing during the last 20 years.
We just do what we can and expect no assistance from them.
Yes Pak alManar. You did well even if the YBs do not notice you....be part of the unsung heroes. Allah is All Knowing....
I would want to visit your tuition centre if ever I get to go to the East coast. Meanwhile be steadfast and take care.....
Post a Comment