Yang kurik itu kendi
yang merah itu saga
yang baik itu budi
yang indah itu bahasa.
KINI
KINI
Kita guna Simbol-simbol untuk menyatakan apa jua yang kita rasa dalam memberi komen dan sebagainya dalam laman sosial umumnya. Seolah-olah cara begitu sudah mencukupi, sudah dapat menjalinkan mesra.
Maka teringat saya zaman saya remaja di mana ketika itu kita menulis surat dalam berhubung antara satu sama lain, tiada alam maya. Amat teruja bila posman singgah menyampaikan jawapan pada kiriman yang ditunggu-tunggu sekian lamanya. Kalau ingin bertemu dan berbicara, semesti berhadapan muka.
Sekarang manusia hanya menggunakan jejari
untuk berbahasa. Jarang-jarang mendengari suara. Apatah lagi bersua muka. Hanya dengan 'image' sudah dikira mesra kerana dapat update cerita-cerita semasa.
Saya sayang pada budi dan bahasa warisan ibunda.
Tetapi apakan daya.
Sudah peredaran masa.
Semoga Allah redha apa jua pembaharuan yang dicipta,
Kerana kita harus berkeyakinan Allah itu maha Mendengar, maha Melihat dan maha Mengetahui yang
tersembunyi dan yang nyata.
Kita nilai semula apa yang ada dalam hati kita,
dan apa yang ada dalam hati harus diterjemah dalam amalan dengan sehalus budi dan seindah bahasa,
untuk menjalin kasih sayang antara keluarga, antara manusia.
Semoga redha Allah menjadi pengakhir kata.
Di dunia dan di akhirat kita sejahtera selamanya.
....

No comments:
Post a Comment