"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Tuesday, May 13, 2014
Kehilangan?.....
Kasih sayang bukan semestinya melalui perhubungan darah.
Bukan.....
Ini anak saudara saya yang diangkat oleh kakak saya kerana kakak saya tiada anak sendiri. Kelihatan di sini ia bersama Allahyarham emak saya, lebih 20 tahun yang lalu. Akhir sekali saya bertemu dengannya ialah lebih kurang 3 tahun yang lalu semasa pulang ke kampung berHari Raya. Ia seorang anak yang manja tetapi atas sebab-sebab masaalah keluarga kini kami tidak dapat menghubunginya. Kami tahu ia sudah berumah tangga dan punya seorang anak, tetapi kini ia sudah beristeri yang baru, dan semoga putus hubungan hanya sementara.
Saya dan kakak saya tidak dapat menjelajahi isi hatinya sepenuhnya. Tidak mungkin sebagai manusia baiasa kita boleh berbuat demikian. Kita hanya dapat mengukur dari kata-katanya dan juga apa yang tidak dikatakan olehnya, dan juga sedikit sebanyak dari perilakunya. Itu pun hanya jangkaan dan sangkaan. Maka ia tetap kabur dan apa jua tindakan yang lahir dari perasaan pastinya tidak dapat menepati citarasa yang ada dilubuk hatinya.
(Hanya Allah jua yang mengetahui yang tersembunyi dan yang nyata). Allahuakbar....
Dilemma anak angkat tidak akan difahami oleh ahli masyarakat biasa melainkan mereka yang telah melalui pengalaman pahit manis menjalin kasih sayang anak yang di'label' sebagai anak angkat. Dalam keluarga besar saya ada beberapa anak buah dan "cucu buah" yang diangkat dan mereka membesar dengan sikap dan kefahaman ikatan kasih sayang yang berbeza. Ada yang menghampiri keluarga asalnya dan membuat ibu angkat rasa tersisih darinya. Ia memendam rasa. Sering saya memujuk supaya tidak terputus hubungan mesra antara mereka. Itu fenomena yang pasti dirasa. Anak sendiri pun boleh menjauhi ibu-bapanya. Dan ibu-bapa tidak mengerti mengapa dan ada yang khuatir mahu bertanya berdepan muka kerana khuatir situasi akan bertambah buruk jadinya. Maka saya katakan biarkan fasa-fasa hidup ini berlalu seadanya. Allah memerhatikan keikhlasan jiwa dan semoga kesabaran akan membuahkan nikmat yang tidak disangka-sangka dariNya.
Dalam satu keadaan lain, ada yang rasa terpisah kerana ia anak angkat dan ibu-bapa angkat ada anak kandung sendiri yang tua dan muda darinya. Pada pandangan saya amat bertuah ia diangkat kerana ibu-bapa kandungnya amat dhaif dan sukar hingga ketahap susah mendapatkan makanan seharian untuk keluarga. Alhamdulilah, ia diangkat keluarga sederhana dan tamat pendidikan formal hingga ke peringakat University dan kini menjawat sebagai guru Kementerian Pendidikan, dan hidupnya nampak selesa bahagia dalam keluarga kecilnya.
Tetapi saya perhatikan ia tidak merasai keistimewaan yang Allah kurnia kerana dihari tua ibu-bapa angkatnya, ia tidak mesra dan tidak bersungguh-sungguh menjaga mereka. Hingga ke akhir hayat ibunya keseorangan dan kerinduan. Apakan daya ia sudah terlantar dan hanya bertemankan air mata seharian.
Saya berfikiran.....mungkin kerana ada anak kandung yang juga sederhana dan selesa hidupnya. Maka mungkin ia merasakan tidak perlu lagi kasih sayang anak angkat padanya. Meleset sekali sikapnya tetapi saya hanya memerhatikannya sahaja kerana saya jarang berjumpa.
Namun saya agak menyesali situasi ini kerana sebagai seorang guru, seorang pendidik ia tidak menunjukan contoh pada anak-anak bahawa menjaga ibu-bapa itu satu kewajipan, tidak kira ibu-bapa asli, ibu-bapa tiri, ibu-bapa mertua atau ibu bapa angkat padanya. Kata ustaz status mereka sama sahaja. Malang pada saudara saya ini anak-anak kandungnya pun tidak memberi kasih sayang secukupnya pada ibunya yang kini sudah tiada. Menziarahi ibu seperti menziarahi orang atau saudara biasa. Pada bapanya saya kurang arif tetapi saya tahu is tinggal bersendirian dan tidak mendapat perhatian anak-anak sewajarnya.
Anak saudara angkat yang tertara di atas kini masih ada ibu angkatnya, iaitu kakak saya yang kini 78 tahun umurnya. Tetapi ibu-bapa kandungnya sudah lama tiada. Saya cuba menghubungi sesering mungkin semoga ia kerap pulang menziarahi ibu dan saudara mara yang ada. Kini hanya pulang 2 atau 3 kali setahun sahaja, itupun dalam keadaan tergesa-gesa dan tidak bersantai di rumah lama-lama untuk membolehkan ibu melepas rindu padanya. Saya simpati dan memujuk kakak saya ini supaya hanya bergantung pada yang maha Esa sahaja. Walau apa pun jangan putus-putus berdoa untuk diri dan untuknya. Itu tanda kasih sayang yang sebenarnya.
Saya mengajak kakak saya berfikiran.....
Janganlah kita rasa kehilangan kerana pada hakikatnya kita tidak ada apa-apa. Semuanya hak milik Allah jua. Kita hanya dipinjamkan sementara, dan kita diperhatikan bagaimana kita melaksana amanah Allah dengan anugerah nikmat yang sementara ini. Ia hanya merupakan wasilah lauan untuk mencari nikmat redha Allah yang maha Pencipta.
Semoga bertemu dengan anak kesayangan ini, kalau bukan di sini, Allah kurnia di Surga. Semoga di Syurga Firdaus berhimpun semua, dengan Rahmat Allah semata-mata.
Aamiin.
.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Seeing your comments prompts me to return your visit. I do not have the capacity to remember too many things. Of the past to reminisce, yes I do havee.
This has to be in English to make it easier to think and spell it out.
Love between two generations is, to me, a reflection of the young one's perception during the course of growing up. It is something that cannoot be generalised and catagorised. What seems love when we see and hear a person says about her feeling and acts towards her ward, may not be what the ward feels inside. No two children feel the same. That is His greatness. Some children do not just take words and gifts as love. I know from experience how our casual and gentle body touches affect a child. Some need this. And we do not realise that instinctively we are seen to favour another child because we scold the child. A loveing act is not always gentleness. Some prefer roughness as well.
Some children need a mixture of loving words plus occasional harshness.
I must not give you a lecture on what you know more from your handling of children as a career. But years of our past give us that wisdom. I often tell my children that they can learn of many things but wisdom comes from encounters with hardship and our ways of rgoping through that difficult part of life. We may be wiser then - if we think and use our grey matters.
What the peson feels towards your sister is something he justifies from his own early interactions with her. We may not notice it and your sister may not notice it because she feels her love - but the delivery might not be the way the child wished to have as he saw others having the occasional roughness which he envied.
Assalam Pak AlManar. You are mostly right there. This nephew of mine was most of the time with my mother although he is adopted by my sister. But I would want to focus on how to bring him back to the family fold. Please pray for me as well. May Allah have mercy on the family and things would "somehow" turn out right. May love result in strong bondage, be it through physical interactions or through tender words of love and caring.
Post a Comment