Ini belimbing buluh, atau wuluh. Tetapi orang ramai sebut belimbing buluh. Foto ini ehsan google search.
Teman partner kerja saya baru whatsApp saya mengatakan ia sorry tidak dapat kirimkan sambal hitam belimbung buluh untuk saya bawa musafir jauh hari ini. Saya senyum terkesan dihati kerana masih ada yang sudi mengirim sesuatu dalam perjalanan. Saya seronok walaupun hanya ingatan.
Teman saya ini baru pandai memasak sambal ini versinya sendiri. Katanya ia boleh dijual laris di Kuantan, Pahang. Saya sudah merasanya....sedap sekali. Alhamduluilah. Teman saya ini jenis individu yang suka menerai masakan itu dan ini. Bukan seperti saya. Saya yang menjadi tester bagi cubaan ulung itu.
Kekadang bukan wang ringgit yang kita terkenang kebaikan seseorang. Apalah belimbing buluh yang jiran saya ada menanamnya dan kadang kala terbuang begitu sahaja. Tetapi usaha di belakang kiriman itu yang membuat kita rasa dira'i. Seminggu yang lalu kami ke Muar ke rumah sepupu teman saya ini dan antara lain ialah untuk mengambil belimbing buluh. Habis di pungut belimbing-belimbing rumah jiran untuk teman saya ini. Lebih 3 kilo beratnya. Alangkah baik budi masyarakat kampung. Menjalin silaturrahim dengan mudah dan riang.
Kita di bandar sudah tidak begitu. Semuanya sibuk sentiasa.
Sibuk untuk apa agaknya ?....
Semoga kita ketemu kembali pulang dari musafir nanti. Semoga Allah memudahkan urusan kita semua.....apa jua.
Aamiin...ya Rabb.
...
1 comment:
Terima kasih singgah di sini. InsyaAllah saya ambil perhatian.
Post a Comment