"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, May 2, 2014

"Talian Hayat" untuk SmarTop.



Bagaimana hendak memulakan cerita....
Cerita indah gabungan tenaga 
Pengurusan SmarTop dan ibu-bapa
Ibarat talian hayat yang jelas dan nyata.

Cerita jalinan kasih hati-hati yang ingin mulia

Di sisi yang maha Agong, maha Bijaksana,
Hati-hati yang mahu melihat anak-anak membesar dengan nilai-nilai Cinta
Pada keluarga, pada masyarakat dan pada negara
Membesar dengan nilai keyakinan dan berani tampil untuk tidak berputih mata.
Dalam wadah Tauhid membenarkan Tuhan yang maha Esa.

Gambar di atas adalah antara ahli 'talian hayat' Tadika SmarTop.Mereka terdiri dari Ibu-Bapa pada anak-anak. Kami beri istilah "Parents Support Group" (PSG). Dalam mesyuarat antara lain kami berbincang bagaimana mahu melaksanakan Hari Sukan untuk anak-anak.

Alhamdulilah. Dengan mudah mereka menawarkan diri untuk membantu. Dalam program ko-kurikula yang lain pun mereka bersikap demikian. Alangkah bertuahnya SmarTop. Punya ibu-bapa yang prihatin dan memahami hala tuju.



Hari Sukan bermula dengan Perbarisan peserta. Lihat bendera Malaysia.
Lambang penyatuan jiwa waja.


Guru membantu permainan dalam persaingan. Mahu mendidik 'persaingan
bolih menjalin kasih sayang'.


Antara acara yang menarik. Bina daya fokus dan menjaga keseimbangan.


Ini giliran anak-anak Taska. Mendidik sikap mahu mencuba dan terus mencuba semoga dewasa nanti tidak mengenal putus asa..

Adat kata, program Hari sukan ini tidak akan berjaya tanpa sokongan kuat ahli-ahli PSG. Pengerusinya Tuan Hj Rosman memberi rangsangan pada ahli lain. Beliau dan isteri menyumbang Jamuan makan, Khemah warna warni, kerusi dan meja dan alat pembesar suara. Ibu-bapa lain menyumbang pembelian dan pembungkusan hadiah. Ada kumpulan yang menjadi tenaga mengurus sukan itu sendiri seperti  menjadi juru acara, para pengadil dan menyusun peserta untuk bermula.

Itulah saya katakan mereka ini "Talian Hayat" SmarTop. Alhamdulilah dan kesyukuran yang tinggi menggunung. Semoga semua usaha di berkati. Pendidikan adalah laluan permulan mencari jalan mencapai redha Allah. Semoga sokongan ini berterusan......


Barisan guru, staff SmarTop dan ahli-ahli PSG yang mengendali Hari Sukan.


Hadirin berbaris menjamu selera.
 Nasi briyani dengan lauk ayam dan danging dan sayur yang amat menyelerakan.


Surprise! surprise! Sumbangan istimewa 
dari seorang Ibu dan bapa yang mahir dalam bidang bakery. Syabas!
Saya rakam foto mereka dibawah sebagai tanda penghargaan.



En. Rosman, Dato' Safaruddin dan Tuan Hj. Baharom,
mendahului senarai kehadiran.

Akhir sekali, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan acara Hari Sukan Tadika SmarTop Subur Fitrah tahun 2014. Terima kasih khusus pada guru dan staff yang tidak mengira masa menunaikan kerja-kerja  persiapan dan hiasan untuk hari itu, terutamanya mereka yang membantu sukarela semata-mata.

























Hiasan di SmarTop oleh sukarelawan.

Sungguh benar.
"happiness is to be grateful".
Allah maha melihat dan maha mendenar. Malaikat mencatat segala kebaikan. 
Semoga Allah memudahkan tugasan seterusnya kepada semua.

Semoga Allah kurnia Syurga Firdaus di hujung perjalanan hidup kita semua.
Aameen, ya Rabb...

....

No comments:

Related Posts with Thumbnails