"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, May 21, 2014

Kasih itu berbagai rupa........






Lepas solat Zohor suami dan saya ke Hospital Serdang menzirahi Pak Teh, bapa saudara suami saya. Jantungnya bermasaalah dan akan dibedah hari Rabu akan datang ini.

Ia nampak ceria tetapi saya pasti hatinya kurang tenteram. Isterinya sudah pergi dahulu dan saya juga pasti ia kesunyian. Maka kami tidak akan membenarkan ia berseorangan, jauh sekali keseorangan. Alhamdulilah.....Seperti di atur-atur..... setiap kali saya menziarahinya, sememangnya ada sanak- saudara yang datang. Kata Pak Teh berganti-ganti dan ia rasa amat dira'i.

Begitulah perasaan orang yang sudah lanjut umurnya. Pak Teh sudah menjangkau 78 tahun tetapi kata Doktor kami tidak perlu terlalu bimbang kerana sistem tubuhnya masih boleh menerima trauma ini.

Hari ini dia bercerita semasa suami saya kecil-kecil dahulu, Pak Teh lah yang akan menghambatnya dan adik-adik untuk segera mandi petang  awal kerana tiada lampu letrik untuk mandi apabila malam. Adik-adik ipar saya gelak ketawa kerana Pak Teh pandai lawak bercerita.

Kalau boleh kami mahu saja menemaninya di hospital. Teringat seperti tidur di rumahnya bila balik kampung. Dia boleh bercerita sepanjang malam. Anak buahnya tidak berhenti-henti tertawa. Tetapi sekarang mana mungkin.......

Maka suami dan saya pulang jam 5 petang dan terus ke rumah anak saya di Putrajaya. Cucu-cucu sudah menunggu dan asyek tertanya-tanya mengapa saya dan suami tidak muncul-muncul. Terghalit mendengar cerita-cerita Pak Teh.

Saya dan suami sememangnya memanjakan mereka. Suami saya yang lebih-lebih. Pada Huzaifah terutamanya kerana ia cucu sulung dan dengan Tok Ayah ia  amat manja. Saya membahasakan diri saya Embah untuk memastikan ada satu perkataan jawa sebagai satu warisan keramat. Anak perempuan saya ada 4 orang anak dan semuanya lelaki. Huzaifah (Ujai), Akif, Asim dan Aqil. Huzaifah dan Akif adalah istimewa. Ujai dengan ADHD dan Akif dengan Otismanya.

Huzaifah tinggal bersama saya sejak umur 11 hari hinggalah 6 bulan. Ibunya melanjutkan pengajian di Tokyo ketika itu dan saya menghantarnya untuk tinggal bersamanya bila Huzaifah berumur 6 bulan.

Tok Ayah dan Embah adalah tempat mereka "melepas geram" dapat bebas bermain yang fisikal. Kami hanya melihatnya sahaja dan menentukan ia tidak merbahaya. Apabila 2 cucu terlalu aktif yang dua lagi ikut sahaja. Bayangkan riuh-rendah keadaan.....ada yang menangis ada yang tertawa.

Kami seronok bersama mereka. Ibu dan ayahnya saya jangka berbelah bagi rasa. Maklumlah sibuk dan berat tugasan seharian dan tiada pembantu di rumah untuk meringankan kerja. Kekadang hilang kesabaran juga. Saya lihat ibu jarang sangat memukul tetapi ada kalanya saya tersermpak ayahnya memukul anak. Mungkin itu tugas seorang ayah. Tetapi saya menjadi "sedih dan kecewa" bila Huzaifah yang di pukul. Mungkin kerana saya menjaganya dari bayi lagi dan tinggal bersama saya semasa tahun satu bersekolah di ADNI Islamic School. Sekolah itu jauh dari Putrajaya. Saya senyap-senyap menangis kerana terlalu sayang pada Huzaifah. Salah atau betul itu yang saya rasa. Terutamanya sekarang bila ia sudah disahkan istimewa dengan ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder). Menjaganya dan menjaga Akif yang juga istimewa memerlukan kesabaran yang amat tinggi. 

Itulah sedikit catatan "kasih berbagai rupa....." Agaknya bila meningkat umur senja kita lebih sensitif dari biasa. 
Mohon keampunan Mu ya Rabb.
Semoga anak-anak ini dewasa mendapat pertolongan dan kasih sayang yang sewajarnya.
Aamin...

....

2 comments:

Kerabu Jantung said...

Aamin..
.. sesungguhnya setiap insan yang dilahirkan ada Penjaga dan Pelindung yang Maha Mengetahui segala ciptaanNya.

ngasobahseliman said...

Ye betul. Semoga semua yang kita sayang akan sejahtera dunia akhirat.
Bila nak jumpa uncle Sam? Visa dah dapat. Balik cerita ye!

Related Posts with Thumbnails