Saya dan suami sangat rindu untuk ke Garut lagi dan ingin ziarah Situwangi Boarding School ( tiga jam dari Bandung) yang kami membantu sedikit tentang perancangan pembinaannya dan pelancaran pembukaan permulaannya. Akhir saya ke sana ialah dalam awal tahun 2012. (Saya ada menulis beberapa kali mengenainya sebelum ini)
Atas sebab-sebab tertentu kami tinggalkan sekolah itu buat sementara kepada guru-guru dan pengurus tempatan.
Garut adalah seperti Cameron Highlands di Malaysia. Udaranya sejuk (lebih sejuk) dan nyaman dan pemandangannya indah sekali. Pada awal waktu Subuh sudah kedengaran sayup-ayup ayat-ayat suci berkumandang dari corong pembesar suara di masjid berhampiran. Terkesan di hati.....
Kami tinggal di chalet seperti di kanan ini dan selepas sarapan sementara menunggu ahli lain yang bersama kami untuk ke sekolah, suami dan saya relax di buaian di atas, menikmati udara nyaman dan merasai keindahan kurniaan Tuhan Pencipta sekian alam.
Rindu yang amat sangat pada anak-anak ini. Mereka kini sudah di tahun akhir sekolah menengah dan saya tetap berdoa dapat menemui mereka sebelum bersurai untuk mereka melanjutkan pelajaran ke tempat lain.
Entahlah....tertunai atau tidak.
Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.
Berdetik di hati. Membuai impian terlalu laju dan tidak menyangkan tali buaian boleh putus atau tiang buaian boleh patah. Apapun yang tersurat dan tersirat, semoga ada hikmah yang luar biasa natijahnya.
Saya sentiasa berfikir-fikir dan berdoa.....
Ini belum berakhirnya sebuah impian....Ia cuma satu fasa hentian untuk melihat semula di mana kelemahan dan kekurangan dan di mana kekuatan semoga dapat memadu tenaga kearah satu matlamt yang sama walaupun laluan berbeza. Anak-anak ini masih diasuh dan dididik semoga suatu hari nanti ada diantara mereka yang mampu menerajui kepimpinan ummah, meletakan kembali kegemilangan Islam dan mampu maju membuktikan bahawa hanya Islam yang dapat menyelesaikan masaalah dunia.
Dalam usaha berfikir-fikir dan mencari-cari saya sedang melihat-lihat perkembangan sebuah sistem pendidikan yang dipelopori dan ditaja, katanya, oleh bijak panadai dan ahli koporat dermawan dari Turki. Katanya mereka ini juga adalah orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Saya teruja dan mula membuka laman web institusi pendidikan TIME INTERNATIONAL. Masih banyak yang saya belum fahami dan saya masih mahu memahami.
Semoga saya dapat peluang melawat salah sebuah institusi ini, khusus yang ada di Kuala Lumpur dan melihat apa yang saya boleh contohi dan dibawa berbincang dengan partner saya dalam membangunkan sebuah sekolah berinspirasikan idea-idea dari Adni Education Centre dan ADNI Islamic Schools di Kuala Lumpur.
Tidak rugi jika matlamat kita kerana Allah jua.
Semoga Allah membimbing dan semua usaha akan mendokong fakta bahawa Objektif harus syarie dan prosesnya juga harus syarie.
Mohon mengerti Kebijaksanaan Mu ya Rabb...
.......
2 comments:
saya cadangkan lawatan ke satu lagi sekolah islam baru. seven skies international school bawah mercy mission di damansara. ngo sama yg organises twin of faith, being me, al khauthar couses dll. bakal dibuka on sept tapi start dari awal tahun dah buat free class untuk anak2 cerita2 sirah. kelas2 solat mcm "play & pray" dll. mmg pendekatan system mereka juga menarik.
Terima kasih Ain atas maklumat. InsyaAllah akan cari.
Post a Comment