"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, August 26, 2014

Isnin yang sunyi...




Kini telah selesai menjaga Azra Haida berpantang selepas melahirkan.(hanya 3 minggu di rumah saya). Rasa sunyi pulak tidak ada tugas tambahan menyelia bayi kecil.

Saya telefon anak saya ingin tahu apakah perkembangan selepas sebulan, tetapi asyik tidak berjawab. Harris (cucu yang kesebelas) adalah bayi yang baik dan tenang bila dalam dakapan. Ia tidak suka tidur sendirian. Maka tugas saya bersilih ganti dengan ibunya bila ia kepenatan atau mahu berurusan menyiapkan diri seharian kini tamat.

Itulah manusia....
Hanya tahu menghargai nilai memberi kasih sayang bila sudah berjauhan.

Semasa bekerja dahulu, hari Isnin adalah hari huru hara. Kini saya lebih bersahaja. Hanya sesekali huru hara bila cucu-cucu tinggal bersama. Dua darinya ada "kebolihan istimewa". Alhamdulilah Allah beri peluang merasai keistimewaan anugerahNya.

Bila mengingat cucu-cucu istimewa, saya tersenyum mendengarkan cerita kenalan baru saya dari Aqsa Syariff/IKRAM Daerah Muar yang semapat menceritakan pengalamannya sebagai guru pendidikan khas. Pengkhusannya saya fahami adalah mengenai "slow-learners". Di mengajarkan pada seorang anak murid istimewa ini konsep kira-mengira. Seringgit tolak 30 sen, berapa yang tinggal. Ia harus menulis jawapan di atas kertas. 

Kanak-kanak ini hanya diam dan tidak tahu atau mahu menjawab. Ia dibiarkan buat sementara.

Suatu hari kelihatan anak ini berbaris membeli barang di kantin sekolah. Guru ini kebetulan berada di situ dan berhenti sejenak mahu melihat bagaimana ia membeli sesuatu.

Apabila penjual tidak memberi pulangan balik yang mencukupi dari belian seringgit, ia berani mengatakan bahawa jumlah itu tidak mencukupi. Guru itu menghampirinya dan menambah  pulangan duitnya. Lantas sahaja ia menyatakan: Ini belum cukup cikgu. Terkejut sang Guru kerana anak ini boleh membuat kiraan yang betul dalam keadaan sebenar. Hanya bila bertulis ia agak bingung.

Subhanallah. Tiada ciptaan Allah yang sia-sia......

Terpecah kesunyian dalam minda dan hati saya buat seketika mengingatkan cerita anak istimewa ini. Saya yakin Allah ada perancangan yang minda manusia tidak dapat menduganya kerana terlalu terpengaruh dengan fenomena-fenomena yang biasa-biasa sahaja. Yang luar biasa selalunya terabai dari perhatian manusia, atau terlalu tertumpu padanya hingga mindanya hilang punca.

Tidak mengapa....kita bincang lagi lain kali sahaja kerana agak rumit untuk memahaminya.

Maka isnin yang sunyi berlalu tanpa peristiwa. Kelas harfiah pada petangnya pun ditunda kerana Ustaz berhalangan pula. Tetapi saya tidak mahu detik-detik berlalu tanpa pengisian kerana masa terlalu mahal untuk diabai begitu sahaja. 

Saya pulang mengalih perhatian.....

....

4 comments:

Kerabu Jantung said...

Sis, datanglah ke Gombak , Monday 10.30-12.00 , I baru start Qiraat Syu'bah. You'll love it!

Al-Manar said...

Betul 'masa terlalu mahal untuk diabai begitu sahaja.' Ayat terakhir itu membawa erti yang amat dalam. Kepada saya yang sudak berusia sebigini lewat, masa adalah emas.

ngasobahseliman said...

Niat hati nak buat macam-macam. Tapi tak terdaya. Maka belajar Qiraat tu jadi kebelakang sikit. Nak belajar Harfiah dulu. Tolong doa Sis. Ada Ilmu yang terlekat di minda dan hati dan di amal pula.
Semoga sihat-sihat sahaja.

ngasobahseliman said...

Betul Pak 'AlManar". Masa itu Emas. Lebih -lebih lagi dalam umur seperti kita. Masa itu Ibadah. Rasa tak terkejar. Semoga terkejar dengan kehendak Allah jua.

Related Posts with Thumbnails