"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, August 23, 2014

SmarTop bercerita.




Jumaat yang lepas, SmarTop mengadakan Rumah terbuka Aidil Fitri. 

Di Johor tidak sah kalau tidak ada majlis "Marhaban". Kami jemput kumpulan wanita tempatan. Meriah untuk memulakan acara majlis yang di ikuti dengan acara memberi anak-anak "duit raya" setelah mereka menjawab soalan-soalan mudah. Acara ini dibuat untuk menggalakan anak-anak berfikir dan mengutamakan Ilmu.(Ilmu dan Taqwa asas kejayaan).

Jamuan ditaja oleh Individu dan staff SmarTop. Parents Support Group yang terdiri dari ibu bapa anak-anak tadika dan taska tampil membantu. Ahli Lemgaba SmarTop mengucapkan ribuan terima kasih atas semua bentuk sumbangan, terutama parents yang menghadiahkan pembinaan khemah dan mengaturkan kerusi meja untuk lebih kurang 250 tetamu. Alhamdulilah. Allah memudahkan.

Kami seronok dapat sama-sama menerapkan budaya "suka memberi".



Pengerusi Parents Support Group dan isteri serta anak Tadika.
Foto kenangan dengan pengerusi Lembaga SmarTop dan isterinya.


Antara tetamu yang hadir dan peserta "Marhaban".


Ucapan aluan Pengerusi Lembaga SmarTop.

Tujuan utama mengadakan Majlis ini adalah untuk mengeratkan hubungan SmarTop Subur Fitrah dengan penduduk tempatan. Kami menjemput juga beberapa wakil Jabatan yang berkaitan dengan penubuhan pra sekolah kami. Masyarakat Masjid juga tidak ketinggalan. Kami menjemput jiran tetangga semua kaum.


Ini antara tetamu keturunan Tionghwa yang sering
 menyokong aktiviti SmarTop.


Antara anak-anak yang tersempat saya rakam.


Foto kenangan sebelum bersurai di hadapan banguanan utama
SmarTop Subur Fitrah Pre Sekolah, Tangkak.


Itu sahaja sedikit cerita. Saya sambung selepas ini dengan acara istimewa yang memeriahkan lagi acara Rumah Terbuka ini.

In Sya Allah saya rakam segera.

.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails