"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, August 16, 2014

Mengalih rutin harian.....

Saya menerima panggilan talipon dari Anisah. Isnin lepas.....




Sudah lebih sepuluh tahun saya bersara tetapi Anisah masih ingatkan saya dan sesekali akan menaliopn saya untuk bercerita siapa pegawai dan staff saya dahulu yang uzur dan siapa yang telah kebali ke Rahmatullah. Anisah masih peduli dengan keadaan saya dan dalam celah-celah bercerita kesihatan, dia akan bercerita perihal anak-anaknya. Seronok mendengar Allah kurnia kejayaan pada semua. 
Alhamdulilah.

Saya tidak menjawab taliponnya pada hari itu kerana terlalu sibuk dengan anak saya yang baru melahirkan seorang lagi cucu dan melayani  tetamu saudara-mara yang datang berhari raya. Maklumlah saya tiada pembantu di rumah. Maka saya ambil tugas jadi pembantu 'freelance'....

Rupanya dia mahukan saya hadir bersama dengan seorang pegawai saya dahulu (Zaitun namanya) membincangkan satu deraf laporan berkaitan dengan sejarah perkembangan organisasi yang pernah saya ditempatkan dahulu. 

Mula-mula saya keberatan untuk bersetuju bersama kerana masa saya terlalu terhad. Sepintas lalu saya merasakan tiada sumbangan idea yang dapat saya beri untuk memurnikan laporan itu kerana sudah lebih sepuluh tahun tidak berkerja di tempat yang sama.

Tetapi lantas teringatkan pesanan seorang teman karib supaya jangan mengecewakan hati seseorang yang minta pertolongan. Teringatkan juga "pesanan" Nouman Ali Khan dalam U Tube: "When you find yourself in a position to help someone, be happy because Allah is answering that person's prayer through you". 

Maka saya setuju dan di bawah ini saya rakam pertemuan saya.



Di kanan sekali ialah puan Zaitun. Kami bertemu di rumahnya dan beliau menjamu dengan hidangan istimewa sempena Hari Raya. 

Anisah mengajak dua orang pegawai muda yang baru dan saya diminta memberi idea berasaskan pengalaman yang saya lalui dahulu.

Seronok juga dapat bertukar-tukar fikiran dengan pegawai muda dan saya seperti dahulu semasa bekerja akan cuba mempengaruhi minda mereka. 





Selepas makan, kami berbincang agak serious juga. Puan Zaitun adalah pakar prosidur dan proses pengurusan sumber manusia di Kementerian Pendidikan. Beliau baru bersara dan masih segar ingatannya tentang masaalah dan cabaran-cabaran yang ada yang boleh di sebut dalam laporan itu. 

Penulisan sejarah pengurusan sumber manusia, terutamanya tentang staff guru bukan suatu yang mudah. Syarat-syarat perkhidmatan sering berubah-ubah dan rekod-rekod perkhidmatan setiap guru masih belum sempurna walaupun sudah memulakan penggunaan IT lebih sepuluh tahun dahulu.

Saya mengambil keputusan untuk menyentuh hal-hal dasar pendidikan sahaja kerana dari dasar-dasar tersebutlah Kementerian dapat mengasaskan formula unjuran keperluan pegawai dan staff berbagai pengkhususan yang diperlukan.
Masa terlalu singkat untuk perbincangan mendalam dan saya pulang dengan mengatakan pada staff saya  bahawa saya akan berhubung melaui emel untuk ulasan tambahan.

Saya pulang setelah merakam foto berikut untuk kenangan.



Malam itu saya lihat-lihat laporan yang ada pada saya untuk berbuat sesuatu sebagai menyempurnakan amanah mambantu seseorang. Saya jemput Anisah ke rumah saya tiga hari selepas itu dengan dua orang pegawainya sekali lagi. Kali ini saya menjurus memberi kefahaman yang lebih luas mengenai Pendidikan dalam Islam. Saya minta mereka membaca buku Tuan Syed Naqib Al Attas, sekurang-kurangnya untuk memahami perspektif yang tepat dari sudut AlQuran. Dari segi kefahaman sejarah saya perakukan juga supaya membaca buku-buku  dan Blog Ustaz Hasrizal "Saifulislam.com". Saya juga bercerita tentang Adni Islami School yang dipelopori oleh Professor Hasni yang saya dapati sangat tepat dalam usaha melaksana pendidikan Islam secara 'Intergrated dan Holistic'.

Saya memberi pandangan saya tentang Sistem Pedidikan Malaysia yang ada kini dan meminta  pegawai-pegawai muda itu sendiri membuat kesimpulan yang difikirkan wajar dan menggunakan pemikiran-pemikiran semasa mengenai pendidikan di sektor swasta untuk membuat pindaan atau tambahan di dalam deraf laporan yang telah mereka sediakan.

Tidak mungkin saya boleh memaksa mereka mengikut sudut pandangan saya.

Perbincangan mengenai pendidikan diperingkat keluarga atau negara tidak mungkin selesai dalam masa dua atau tiga jam. 

Tidak mungkin sempurna hujah-hujah yang dikemukan tanpa bahan bukti dan Nas dari alQuran atau Hadith. Usaha saya hanya seperti "Touch-n-Go" sahaja. Malahan lebih rigkas dari itu. Tidak puas rasanya....

Semoga sessi di rumah puan Zaitun dan di rumah saya memberi munafaat bersama. Saya ingat kata Ustaz saya: Dalam berusaha menegakkan Kebenaran, Allah tidak menilai Hasilnya. Tetapi Allah menilai Usahanya.

Semoga Allah menunjuki jalan pada pegawai-pegawai muda kini bahawa bekerja itu suatu Amanah. Ilmu dan Taqwa yang akhirnya dapat menentukan kejayaan Semoga dalam redha Allah.

Semoga Allah mempermudahkan usaha-usaha mereka dan saya menumpang kejayaannya. 

....

No comments:

Related Posts with Thumbnails