Shaykh Abdul Jabbar.
Terhenti nafas seketika.....kemudian sebak dada. Betapa keseorangan dan sendirian rakyat Gaza bermatian membela negara dan agama..
Setengah pendapat mengatakan HAMAS tidak cerdik mengambil tindakan untuk berperang walaupun tidak punya senjata canggih dan askar yang terbilang. Saya kongsikan ini untuk berfikir-fikir secara mendalam.
Kemenanagan tidak tercapai jika Allah tidak izin dan menghendainya. Kesabaran dan keyakinan iman dan bertawakal adalah sifat-sifat yang perlu untuk mara dalam perjuangan. Doa dan tindakan harus berlaku serentak. Doa sahaja belum mencukupi. Harus ada golongan yang berani bertindak.
Maka di mana tentera umat Islam?
Saya bersama Gaza dan Palestine seluruhnya....Bumi barakah! Kita lihat alQuran surah al Israa' ayat 1.
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Al-Israa' 17:1) Ayuh kita berbuat sesuatu....mengikut kemampuan yang ada, (stratched to the limit).
Mohon pertolongan Mu ya Rabb...
....
No comments:
Post a Comment