"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, August 8, 2014

Teringatkan Bumi Mesir....berbelah rasa.




Terakhir saya di Bumi Mesir adalah dalam tahun pertengahan sembilan puluhan. Saya masih bertugas mengurus peruntukan Biasiswa dan Pinjaman untuk pelajar Kementerian Pendidikan di mana jua, termasuklah di Mesir. Rasanya saya rakam foto ini pada tahun 1996. Lebih 20 tahun yang lalu.

Sayangnya waktu itu saya tidak berapa peka dengan politik di Mesir dan tidak sangat ambil tahu mengenai senario sosial dan masaalah pentadbiran dan kepimpinan dan pergolakan kuasa ketika itu. Saya merasai seperti biasa sahaja. Malah saya rasa seronok berada di sana beberapa kali memantau prestasi pelajar. Tumpuan saya ketika itu hanya mahu memastikan pelajar-pelajar menumpu pada pengajian dan tidak terlibat aktif dalam politik tempatan atau politik Malaysia secara proxy.

Saya agak menyesali sikap saya kerana tidak mengambil tahu apa kesan masaalah sosial yang ada bersabit dengan pelajar-pelajar Malaysia yang ada di sana ketika itu. Saya sudah mendengari cerita-cerita Ikhwan Muslimun tetapi belum memahami sepenuhnya. Sehubungan dengan ini saya sudah mula membaca penulisan Assyahid Sayyid Khutub dan Zainab al Ghazali dan membaca juga sedikit mengenai Assyahid Hassan Albana, tetapi belum cukup memahi bagaimana mengaitkannya dengan pemerintah yang ada ketika itu, ia itu President Hosni Mubarak. Alangkah jahilnya saya walaupun sudah mula membaca peristiwa pembunuhan President Anawar Sadat semasa pertama kali saya melancung di Bumi Mesir dalam tahun 1983. Ketika itu saya masih kelabu tentang relevannya dengan politik semasa di Malaysia. 

Kini saya rasa "bengkek" dengan Mesir. Pemerintahan yang "Tidak Sah" General AS Sisi tidak simpati dengan Gaza khususnya dan Palestine umumnya. Banyak yang diberitakan di internet mengenai perkara ini. Di bawah adalah salah satu darinya. Bolehlah buat carian google sendiri untuk kepuasan meraih maklumat dan memuhasabah pendirian diri.



  1. Report: Egypt Won't Allow Port or Opening of Rafah Crossing


    Arutz Sheva-Aug 5, 2014

    Egypt announced to the Palestinian Authority's envoy and to the leader of Hamas who are currently in Cairo for talks that the restoration and ...

Reopening of Rafah crossing top priority for Hamas in ceasefire talks


The Guardian-by Peter M. Beaumont-

Jul 17, 2014
Seen from the Gaza side, the Rafah border crossing into Egypt is an unimpressive sight. A pair of squared-off grey arches beside a half-ruined ...

Bacalah juga seterusnya yang ini dan lain-lain lagi.....

Sedikit sebanyak saya mengikuti juga pergolakan politik di Mesir di bawah pimpinan President Morsi melalui laman Sosial dan bacaan umum. Saya amat simpati dengan perjuangannya. Ia disingkirkan dengan cara yang tidak demokratik. Tetapi tiada kuasa besar dunia yang mempromosi DEMOKRASI datang membantu beliau. Ia hanya mendapat sokongan kuat rakyatnya tetapi rakayat yang menyokongnya ditindas atas  hasutan dan sokongan kuasa-kuasa luar termasuk mereka yang mengaku dirinya Islam, seperti Saudi Arabia..

Sedih....

Kini Mesir di bawah General As Sisi menjadi broker gencatanh senjata peperangan antara Hamas di Gaza dan Israel laknatullah itu. Rundingan itu gagal untuk gencatan berterusan kerana HAMAS enggan menerima syarat-syarat  Israel. Hak rakyat Palestine untuk bebas sebagai negara berdaulat tidak dipersetujui Israel maka peperangan akan berterusan.

Apa sebenarnya reaksi Mesir di bawah As Sisi mengenai situasi ini. Saya tidak arif. Tetapi tidak hairan kalau dia lega kerana dia sedndiri tidak sukakan Hamas. WaAllahualam. Allah swt sahaja yang maha mengetahui hati dan pemikiran seseorang. Yang nyata Allah tidak suka dan murka pada pemerintah yang zalim.

Sayang Mesir...
Saya tidak sayang pemimpinnya sekarang.
Semoga ia balik ke pangkal jalan. Allah sayang pada hambanya yang bertaubat.

Semoga Allah melindungi Mesir.
Dan semoga Allah membebaskan Palestine dan menyelamatkan Masjid alAqsa.

Mohon keampunan Mu ya Rabb... 

...

No comments:

Related Posts with Thumbnails