"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Tuesday, August 5, 2014
Selingan...demi persahabatan
Demi persehabatan....saya hadhirkan diri ke jamuan Hari Raya di restaoran Karavan Serai teman akrab saya di Taman Tun Dr Ismail, KL. Ia baru dibuka Mei 2014.
Alhamdulilah suatu usaha yang baik untuk membantu anak lelakinya maju di bidang perniagaan. Menu Panati Timur yang di hidangkan pada kami.
Ramai sekali yang hadir. Sahabat handai, pelanggan setia dan entah siapa lagi. Ramai tetamu pelanggan muda yang saya perhatikan. Foto di sini merupakan teman sebaya sahaja.
Saya seronok dengan sikap suka memberi. Teman saya ini (berdiri berbaju merah) sememangnya punya minat luar biasa tentang masak memasak lauk pauk dan kueh mueh dan selalu mengajak kami kerumahnya. Alhamdulilah....semoga Allah memudahkan segala urusan perniagaannya.
Sila kunjungi Karavan Serai. Saya rekomen. InsyaAllah tidak mudah dilupakan. Enak dan selesa tempatnya.
Saya juga teruja dengan nama yang diberi, kerana saya teringatkan CARAVANSERAI yang terdapat di Turki sebagai bangunan tinggalan sejarah zaman silam semasa laluan The Old Silk Road yang amat terkenal itu. Ia seperti R & R zaman kita sekarang. Warisan Empire Uthmaniah....
Itu sahaja cerita saya. Tidak banyak aktiviti Hari Raya kali ini. Hati saya terpaku dengan keadaan di Gaza dan rasa kurang selesa mahu bersuka ria dan sibuk menjamu selera walhal saudara kita mederita.
Semoga akan berakhir dengan kemenangan bagi mereka yang dianiyaya dan semoga Allah akan menganugerah sesuatu yang terbaik di sisiNya yang di luar pemikiran kita dan pemikiran siapa jua.
...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Begitulah berakhirnya satu lagi Ramadhan dalam hidup kita. Semoga masih ada lagi dihapan untuk kita.
Ya, semoga ada lagi Ramadhan bagi kita. Semoga kita redha dan Allah meredhai apa jua ketentuannya.
Post a Comment