"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, August 25, 2014

MY ONLY WISH....




SmarTop mengingati perjuangan di Palestine. Ia menjadi sebahagian program Rumah Terbuka Hari Raya 1435H baru-baru ini.

Anak-anak harus didedahkan dengan perjuangan orang-orang Islam dimana jua....bukan secara mendadak tetapi secara santai buat permulaan dalam hidup yang penuh pergolakan yang kadang kala tidak disedari. Anak-anak sememangnya tidak memahami isu Palestine. Tetapi kami mengadakan aktivaiti dengan kerjasama IKRAM dan AQSA SHARIFF Daerah Muar untuk mengadakan Pameran mengenai ISU di Palestine semoga ibu bapa dan tetamu SmarTop lainnya dapat menimba Ilmu mengenai perjuangan orang-orang Islam di GAZA dulu, kini dan masa terdekat ini. Jika orang Islam di dunia memahami Isu ISRAEL terhadap Palestine, adalah diharapkan Gaza akan mendapat pertolongan yang sewajarnya dan dengan izin dan kehendak Allah yang maha Berkuasa, in sya Allah Palestine akan mencapai kemenangan dan MASJID ALAQSA dapat diselamatkan.

Program pameran ini adalah merupakan program EXTRA CURICULUM yang menjadi sebahagian dari pengisian Tarbiah di SmarTop. Sekurang-kurangnya anak-anak pernah mendengar nama Masjid AlAqsa.

Saya dahulu tidak pernah mengerti  isu Palestine dan hanya hingga hampir bersara baru mula mengerti. Tahu apakah itu Masjid AlAqsa?.....jauh sekali. Sebab itu di SmarTop kita ada Kurikulum, Ko Kurikulum dan juga Extra Kurikulum. Memahami perjuangan di Palestine bukan bererti kami membina semangat 'terrorist'. Kami hanya menyemai bibit kekuatan Ilmu dan Taqwa.

Kami aturkan perwakilan anak-anak ini untuk mendeklimasi sajak Sami Yusuf sebagai satu wasilah....kecil sahaja tetapi semoga ada yang tersentuh minda dan hati.



MY ONLY WISH.

All your armies, all your fighters
All your tanks and all your soldiers

Against a boy holding a stone
Standing there all alone.

In his eyes I see the sun
In his smiles I see the moon

And I only wonder

Who is weak, and who is strong?
Who is right and who is wrong?

And I wish, I only wish....
THAT THE TRUTH HAS A TONGUE.
...

Dibawah ini adalah sebahagian dari foto-foto dalam Pameran yang di adakan.













Di hujung Pameran kami adakan Tabung untuk memberi peluang hadirin sekelian sama-sama menyumbang. Dalam masa yang sama kami ingin membudayakan sikap "suka memberi" dan menginfakkan harta, tenaga, masa dan apa jua kerana itu adalah gaya hidup seorang Muslim.

Aqsa Syariff dibawah naungan IKRAM menggalakan anak-anak muda bergerak aktif dalam kerja-kerja NGO mmembantu mereka yang memerlukan. Menanam semangat juang dalam minda dan jiwa golongan muda adalah suatu gerakan dakwah untuk memperkasa Ummah.






Ketua gerakan ini memberi "pidato", menerangkan masaalah Palestine dan keganasan Israel.

Semoga akan terserlah jiwa-jiwa mahu meningkatkan keimanan bahawa prinsip "Hablu minnallah dan hablu minna nas" itu adalah suatu kewajipan bagi semua Muslim. Tidak cukup hanya beribadah pada Allah sendirian tanpa mengambil kira sumbangan kita dan pertolongan kita sesama manusia.

Semoga Allah memberkati usaha kami di SmarTop dan Allah memudahkan gerakan perjuangan kami mendidik anak-anak semoga bila dewasa nanti mereka Berilmu, Beriman dan Bertaqwa dan kegemilangan Islam dapat dikembalikan.

Aameen ya Rabb....

.....

2 comments:

Kerabu Jantung said...


Aamin segala doamu Sis! setiap yang baik itu InsyaAllah akan diperkenankan Allah....

ngasobahseliman said...

Thank you, sis. Semoga Allah perkenan.

Related Posts with Thumbnails