"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Tuesday, April 7, 2015
Kita silap sebenarnya.......
Ini Huzaifah....a lone Ranger. Cucu saya ini anak istimewa (OKU) dalam kategori ADHD ( Attention Deficient Hyperactive Disorder). Ibunya bawa sahaja bersamanya dengan adiknya bila mengikuti program oleh Persatuan Otisma. Kasihan dia........
Kata ibunya kalau ada Persatuan, sememangnya dia ingin join sekali. Huzaifah harus dididik berinteraksi terancang dan teratur supaya dapat mengawal perilakunya yang sangat aktif. Ibunya menghantar untuk terepi oleh sebuah Syarikat Swasta. Yurannya mahal dan anak saya tidak mampu menghantarnya selalu.
Huzaifah di tahun 4 di kelas khas di sekolah Kebangsaan biasa di Putrajaya. Saya selalu bertanyakan pada ibunya perkembangannya. Kurang memuaskan bagi saya. Mungkin saya terlalu berharapan tinggi dan latihan guru pendidikan khas oleh Kementerian Pelajaran tidak seperti yang saya harapkan. Saya tahu sedikit sebab dahulu saya bertanggongjawb atas Sumber Manusia seluruhnya di Kementerian itu dan ramai guru yang memilih Pendidikan Khas kerana tiada pilihan lain. Tetapi saya sudah bersara hampir 12 tahun, maka senario kini saya tidak mengikutinya. Semoga lebih baik.
Saya bertanyakan anak saya bilakah Huzaifah akan "sesuai" untuk diintergrasikan /di'immersekan' di kelas biasa yang sama umurnya. Gurunya masih belum berani untuk berbuat demikian. Saya seperti rasa sangsi akan penilaian ini. Saya bimbang guru lebih suka mengasingkan kerana lebih mudah mengendalikannya. Tempuh permulaan untuk diintergrasikan memerlukan usaha pemerhatian dan pengendalian yang rumit dan memerlukan kepedulian yang lebih sedikit. Ini fikiran saya. Ini tahun kedua Huzaifah di kelas Khas OKU dan entah bila ia akan dapat diberi peluang untuk cuba bersama anak-anak yang normal. Dia masih 'lone Ranger'.......
Sementara itu dalam masyarakat kita anak OKU atau dewasa OKU tidak mendapat peruntukan kerajaan yang sewajarnya. Maka terpinggirlah kumpulan ini. Ini kerana manusia berkepentingan mengikut kehendak masyarakat yang biasa shaja. Ini lumrah dunia. Ibu bapa anak OKU harus berusaha sendiri dan cerita peminggiran mereka pernah diutarakan di media massa. Tetapi kurang kepedulian dari mereka yang sepatutnya bertanggong jawab.
Kata seorang doktor semasa saya membantu anak saya berurusan di Hospital Kerajaan, anak ADHD ini jika tidak diberi perhatian sewajarnya dari umur 3 atau 4 tahun dan juga berterusan, maka besar kemungkinan ia akan jadi "Mat Rempit" bila dewasa muda nanti. (Semoga Allah pelihara dan jauhkannya). Doktor itu tidak melawak. Ini pemerhatian professionalnya. Ramai anak-anak ADHD ini yang otak pintar, tetapi jika tidak ada pertolongan professional, mereka tidak dapat diajar ilmu yang setaraf dengannya dengan mudah. Mereka kurang daya Fokus. Maka itulah ada yang tidak lulus peperiksaan awam yang diambil oleh anak-anak normal. Masyarakat kata mereka ini 'bodoh'. Kita silap sebenarnya........
Huzaifah boleh membaca perkataan yang pendek dan sederhana panjang . Tetapi kalau perkataan yang panjang ia lambat mengenal dan membacanya. Guru dan Ibu-bapa harus sabar mengajarnya. Belajar mathematic pun begitu. Kalau tidak tahu membaca, manakan ia boleh belajar yang lainnya ! Saya difahamkan ada guru yang membiarkan anak-anak seperti ini bersendirian berbuat suka hatinya di bilik darjah kerana bilangan murid dalam kelas adalah besar dan mereka yang bermasaalah seperti ini biasanya tidak mendapat pemerhatian guru atau ciri perilaku anak seperti ini tidak diketahui oleh guru berkenaan. Sekarang saya faham bahawa setengah ibu-bapa akan malu mahu mengatakan anaknya bermasaalah dan tidak berusaha mendapatkan rawatan professional. Takrif OKU amat memalukan dalam pemikiran sesetengah ahli masyarakat dan mereka tidak mahu mendapatkan pertolongan profesional.(They are in self-denial).
Semoga satu hari nanti kerajaan akan lebih peduli dengan masalah OKU supaya mereka mendapat perhatian yang sewajarnya, iaitu yang lebih adil dan saksama.
Namun saya yakin Allah yang maha Pengasih dan maha Penyang dan maha Mengetahui serta maha Adil dan Saksama punya perancangannya sendiri. Fenomena OKU adalah ujian bagi semua yang terlibat. Namun kita juga harus bersyukur kerana Allah memberi perhatian yang lebih. Kita berusaha dengan penuh redha semoga Allah meredhai.
Aamiin ya Rabb.....
....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment