"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Friday, April 10, 2015
Yang Benar Tetap Benar !
Yang benar tetap benar. Yang batil tetap batil. Kita selalu dengar ungkapan ini.
Kebelakangan ini kita selalu terdengar atau mendengar betapa riuh suasana di Malaysia mengenai kenaikan barangan dan perkhidmatan yang menjejas ekonomi rakyat biasa. Saya ikuti juga perbalahan fakta kewangan (high finance) dan pelaburan yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Saya tidak memahami semua fakta tetapi merasai seperti ada yang tidak kena dengan keadaan ekonomi dan politik negara. Tuduh menuduh pun saya dengari, mahu atau tidak mahu, sedar atau tidak sedar.
Seperti boleh rasa cemas melihat masa depan Negara kita. Kemana Rakyat akan dibawa dan sejauh mana kemelut ini benar atau hanya khabar angin.
Walau apa pun saya cuba mententeramkan fikiran sendiri. Saya berdoa semoga Allah menerunkan Taufik dan HidayahNya pada peminpin disemua peringkat untuk melihat kelemahan dan kekuatan diri berdasarkan tuntutan syar'ie.
KEBENARAN TIDAK AKAN MEMIHAK. Ada sokongan atau tiada sokongan, ada bantahan atau tiada bantahan, Kebenaran tetap Kebenaran. Contohnya: Kita beriman bahawa Allah itu Esa. Dia yang maha Pencipta dan maha Berkuasa atas segala tiap-tiap sesuatu. Percaya atau tidak percaya, itu hakikat. Kebenaran yang mutlak. Allah tidak rugi kalau ada bantahan dan Allah tidak untung kalau ada sokongan sekali pun. Allah tetap Allah dengan segala Kebesarannya dan Kekuasaannya.
Maka dalam kita memperkatakan masaalah yang ada di negara ini, saya tidak bingung atas fakta KEBENARAN. Cuma agak hairan memikirkan ada orang-orang termasuk pemimpin yang masih mahu berselindung sana dan mahu berselindung sini. Bukankah Allah maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi, maka mengapa perlu berhelah dan berhelah dan terus berhelah.
Saya sebenarnya rasa kasihan pada mereka yang tidak menerima hakikat bahawa Allah maha Tahu apa yang benar dan apa yang salah. Kalau tidak ada pengakuan di dunia ini, kita tidaka dapat melarikan diri di akhirat nanti.......hari Penyesalan yang tidak akan ada penolong atau penyokong. Saya sendiri bimbang kalau-kalau saya tidak dapat berlepas diri kerana saya telah terlibat atas sebab saya menggunakan kuasa mengundi.
Peliharalah kami ya Rabb........
Kami hamba-hamba yang kerdil yang bergantung pada belas kasihan Mu. Janganlah kami dihukum kerana kelemahan kami dan kesalahan kami.
Kepada Mu sahaja kami mengabdikan diri.
Mohon keampunan Mu ya Rabb...
.....
Foto hiasan Pohon unik ehsan Widaat.
....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment