"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Saturday, April 25, 2015
Ibarat dipaksa lari pecut 100 meter...
Temu janji di IJN sentiasa mendebarkan. Berhari-hari sudah sibuk memikirkan apa yang akan dilakukan pada 24 haribulan nanti. Untuk bertenang maka hati ini cuba sentiasa menghayati bahawa tiada kekuatan melainkan kekeuatan Allah jua. Dia yang maha Tinggi. PadaNya kita berserah diri.
Awal pagi saya sudah bersarapan ringan. Tidak boleh minum kopi atau teh atau apa sahaja yang boleh mengganggu pemeriksaan Jantung ini yang masaalahnya masih belum dapat dikesan. Jam 9 pagi sudah siap terpacak berdiri dihadapan tempata pesakit menanti giliran. Hati rasa berdebar-debar. Pesakit-pesakit lain pun nampak demikian dari pemerhatian saya yang cuba mencari ketenangan.
Jam 10 tibalah giliran. Tiub dipasang ditangan oleh pembantu Doktor yang saya kurang pasti nama jawatan. Dia senyum memberi penerang proses yang akan dilakukan dan cuba meyakinkan bahawa ia mudah sahaja dan akan masa beberapa jam sahaja. Saya menjeling Fail yang dipegangnya. "Nuclear Cardiology" kalau tak silap ingatan saya.
Beberapa jam ? Hati tambah khuatir tetapi tidak terdaya menanyakan mengapa demikian. Ikut sahaja, tadi di luar suami saya cuba memberi sokongan.
Kemudian saya diminta menunggu di luar untuk proses berikutnya. Ini yang menakutkan kerana saya mendengari pesakit yang terdahulu memberi tahu pengalamannya yang dirasai tadi di dalam. Saya diam dan hati saya sibuk membaca itu ini untuk memberanikan diri mentekadkan ini sebahagian dari erti hidup dalam perjuangan.
Tibalah masanya saya diarah berbaring di atas katil yang disediakan. Sikit sahaja, jangan bimbang. Mak Cik akan rasa seperti penat kerana saloran-saloran jantung akan berkembang untuk kami pastikan apa sebenarnya yang menyebabkan dada kesakitan. Makcik akan rasa susah bernafas dan mungkin perut dan kepala akan rasa sakit sedikit kerana itu kesan sampingan.
Saya mengaanggukan kepala, faham. Tetapi sebelum saya bernafas dua tiga tarikan, saya sudah mula rasa penat.
Penat.....Ibarat dipaksa lari pecut beratus meter dalam kiraan orang yang ketakutan. Memang rasa seperti semput dan dada agak sesak sedikit dirasakan. Tak apa, katanya lagi. Hanya 4 minit sahaja. Empat minit seperti 40 minit bagi saya memejamkan mata cuba seperti mahu proses ini dipercepatkan. Kasihan pada diri......
Habis 4 minit saya masih rasa tercungap-cungap walaupun saya kata sudah mula reda dirasakan. Saya cuba meyakinkan diri seolah-olah sudah tamat "penyeksaan". Tetapi petugas ini amat faham karenah pesakit dan terus sahaja ia memberi suntikan ubat untuk melawan kesesakan. Alhamdulilah, pernafasan mula reda dan saya diminta menanti di luar untuk "scanning" dalam jangka masa yang ditentukan.
Selepas itu proses yang seterusnya tidak lagi mendebarkan. Saya cuba relaks dan dalam menanti beberapa jam, saya dan suami keluar makan. Selera saya tidak terbuka dan hanya makan sedikit supaya tidak timbul masaalah yang lainnya.
Proses ini siap setelah hampir 6 jam seperti yang telah dijangkakan. Alhamdulilah, saya tidak ada trauma ketakutan yang menjejaskan. Keputusannya akan diberitahu apabila bertemu doktor pakar nanti pada 19 Mei yang akan datang.
Saya dan beberapa teman bercadang bermusafir ke Kelantan sejurus habis pemeriksaan. Tidak cukup kederat dirasakan dan insyaAllah esuk saya akan teruskan plan yang sudah diaturkan. Begitulah laluan hidup dan dalam jangka masa yang makin tipis ini, saya berdoa saya masih diberi kesempatan oleh Rabbul Jalil yang maha menentukan.
Semoga kita bertemu dalam lima atau enam hari lagi. Semoga masih ada ruang dan peluang untuk terus berbakti. Kita berdoa pada Ilahi semoga Allah kurnia yang terunggul di sisiNya di dunia dan di akhirat nanti.
Aamiin....ya Rabb....
Foto ehsan Whatsapp....
.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment